
Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya berusia setahun meninggal dunia di Hospital Melaka pada 7 Oktober lalu akibat kecederaan fizikal, berdasarkan hasil bedah siasat. (Utusan Malaysia, 20:16)
Read the reporting
4 reports
Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya berusia setahun meninggal dunia di Hospital Melaka pada 7 Oktober lalu akibat kecederaan fizikal, berdasarkan hasil bedah siasat.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan berhubung kematian mangsa selepas kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.00 petang pada hari berkenaan.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan fizikal dan bukannya sawan seperti yang didakwa ibunya.
“Susulan kejadian itu, polis menahan empat warga Myanmar, terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 20 hingga 50 tahun, pada 8 Oktober lalu bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.
Menurutnya, kesemua mereka direman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Oktober ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN
The post Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is accelerating
- Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
- Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia20:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.