
Dulu diperlekeh, kini tukang kasut miliki 3 kedai dan akademi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Dulu diperlekeh, kini tukang kasut miliki 3 kedai dan akademi (Harian Metro, 11:09)
Read the reporting
1 report
Dulu diperlekeh, kini tukang kasut miliki 3 kedai dan akademi
suharmin.yusuf.hmetro.com.my
Kajang: Pernah dilabel pengemis dan penagih dadah ketika membaiki kasut di kaki lima, seorang tukang kasut membuktikan pekerjaan itu mampu menjadi sumber rezeki sehingga membolehkannya membina perniagaan sendiri.
Bagi Mohammad Norazmi Hadnan, 39, pandangan serong masyarakat tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mengembangkan kemahiran membaiki kasut yang dipelajari daripada bapanya, Hadnan Hassan, 68.
Kini dia mengusahakan perniagaan yang memiliki tiga kedai dan sebuah akademi selain menawarkan pelbagai perkhidmatan membaiki kasut, beg, topi serta pakaian.
Berkongsi perjalanan kerjayanya, Norazmi berkata, dia mula membaiki kasut secara sambilan pada 2015 hingga 2016 ketika bekerja dalam bidang pemasaran dan khidmat pelanggan di sebuah syarikat antarabangsa.
Katanya, kemahiran itu dipelajari daripada bapanya yang sudah lama bekerja sebagai tukang kasut di kaki lima sekitar Jalan Sulaiman, di sini.
"Saya terfikir yang saya dulu pernah juga belajar membaiki kasut dengan bapa saya. Saya ambil tempahan daripada kawan-kawan di pejabat dan pernah mengedarkan risalah di kawasan pejabat berdekatan tempat saya bekerja untuk mendapatkan tempahan.
"Pada hujung 2017, saya mengambil keputusan berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada profesion ini (tukang kasut) selepas melihat potensinya dengan sokongan isteri," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, perjalanan membina perniagaan bukan mudah apabila dia berdepan pandangan serong masyarakat yang menganggap pekerjaan tukang kasut di kaki lima sebagai sesuatu yang rendah.
Menurutnya, ketika melakukan kerja sambilan bersama bapanya pada hujung minggu, ada kenalan yang menjauhkan diri selepas melihat dia membaiki kasut di tepi jalan.
"Memang kebanyakan tukang kasut di sekitar Kajang ini golongan yang dipandang rendah. Jadi, secara tidak langsung apabila saya buat kerja sambilan di situ, mereka juga melabel saya dengan perkara yang sama," katanya.
Norazmi berkata, ada juga rakan yang tidak lagi bertegur dengannya disebabkan pekerjaan itu, namun dia memilih untuk tidak membalas tindakan berkenaan.
"Saya cuma boleh senyum saja. Saya tak balas apa-apa pun. Saya tak marah atau membalas semula. Saya cakap dalam hati, tak apa, satu hari nanti kita buktikan," katanya.
Bagi merealisasikan impian itu, Norazmi memulakan langkah dengan menyewa tapak kecil di kawasan bangunan Arked MARA Kajang pada awal 2018.
Selepas lima bulan menjalankan perniagaan di situ, dia mula mengembangkan operasi dengan mendirikan kiosk selepas menerima sambutan pelanggan.
Pada peringkat awal, katanya, perkhidmatan yang ditawarkan hanya tertumpu kepada membaiki kasut sebelum dikembangkan secara berperingkat kepada membaiki beg, mencuci dan menggilap kasut serta beg selain menghasilkan barangan kulit.
"Alhamdulillah, kini usaha saya bernama Dr Shoes turut menawarkan perkhidmatan membaiki topi dan pakaian termasuk kerja mengubah suai pakaian bagi memenuhi keperluan pelanggan," katanya.
Norazmi berkata, perkembangan perniagaan itu turut mengambil kira pandangan isterinya, Nurul Izwana Zakaria, 39, yang mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang perniagaan.
"Saya turut menerapkan pendekatan konsultasi sebelum mencadangkan perkhidmatan yang sesuai seumpama pesakit mendapatkan penerangan daripada doktor sebelum menerima rawatan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, bapanya masih meneruskan pekerjaan sebagai tukang kasut di kaki lima sehingga kini kerana lebih selesa dengan cara kerja yang sudah dilakukan sejak berpuluh tahun lalu.
Berkongsi pesanan kepada mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan, Norazmi berkata, kekuatan mental dan semangat penting untuk menghadapi pandangan masyarakat serta pelbagai cabaran.
"Kalau rasa benda ini satu minat dan nak jadikan kejayaan, buat sampai jadi. Setiap halangan yang datang adalah untuk mematangkan kita dalam perniagaan yang kita buat," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.