
Ejen jual kereta dipenjara 34 hari, denda RM17,500 tipu deposit kereta
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JOHOR BAHRU: Seorang ejen jualan kereta dihukum penjara 34 hari dan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menipu pelanggan dalam urusan pembelian kereta membabitkan kerugian berjumlah RM102,050. (Berita Harian, 17:32)
Read the reporting
1 report
Ejen jual kereta dipenjara 34 hari, denda RM17,500 tipu deposit kereta
JOHOR BAHRU: Seorang ejen jualan kereta dihukum penjara 34 hari dan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menipu pelanggan dalam urusan pembelian kereta membabitkan kerugian berjumlah RM102,050.
Tertuduh, Khoo Chiang Chee, 38, dijatuhi hukuman itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.
Mahkamah turut memerintah tertuduh dipenjara antara tiga hingga enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, tertuduh didakwa memperdaya tiga pelanggannya hingga mendorong mangsa menyerahkan wang pendahuluan pembelian kereta syarikatnya bekerja berjumlah RM95,050.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Rosmerah 1/4, Taman Johor Jaya di sini antara 29 September tahun lalu hingga Ogos lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eizlan Azhar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.