Malaysian Attention Engine
Live wire
53Pendekatan KPWKM tangani keganasan rumah tangga50PN’s deregistration proves Bersatu was in the right, says Azmin46General : Attendance At Siti Nurhaliza Concert Was By Special Invitation - Anwar44Business : BNM To Issue Strategy Paper, Exposure Draft On Shariah Contract Framework This Year43KWAP's eFishery investment: Anwar admits failure stemmed from following int'l trends41Diskaun 30 peratus tiket ekonomi ECRL sepanjang bulan pertama operasi – Loke39Anwar dismisses claims minister took RM9.5mil from businessman39Australian lawmaker Helen Haines in critical condition after vehicle attack3812 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat38Cara sembelihan ayam meragukan, Radzi Jidin gesa siasat premis di Bandar Tun Razak37Kebakaran hutan di Indonesia: Bantuan luar perlu tunggu pengisytiharan bencana nasional | Sinar Harian36242 pelajar tajaan Mara di Perancis selamat – Asyraf Wajdi
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ella, Amy Search bakal gegarkan Padang Merbok sempena Rentak Budaya 2026

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 11:54 MYTLatest activity 20 Oct, 11:54BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur : Ratu Rock tanah air, Ella bersama ikon rock negara, Amy Search bakal menggegarkan ibu kota menerusi penganjuran acara Rentak Budaya 2026 dibawakan khas sempena sambutan seni, budaya dan warisan tempatan. (Harian Metro, 11:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Ella, Amy Search bakal gegarkan Padang Merbok sempena Rentak Budaya 2026

By Wartawan HM · 20 Oct, 11:54 MYT

Kuala Lumpur : Ratu Rock tanah air, Ella bersama ikon rock negara, Amy Search bakal menggegarkan ibu kota menerusi penganjuran acara Rentak Budaya 2026 dibawakan khas sempena sambutan seni, budaya dan warisan tempatan.

Acara tiga hari di dua lokasi berdekatan pusat bandar iaitu Padang Merbok dan River of Life, Kuala Lumpur dijadualkan bermula 30 Oktober hingga 1 November ini.

Program terbitan Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Wilayah Persekutuan) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan (JKKN) ini dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Selain Ella dan Amy Search, persembahan pentas utama di Padang Merbok bermula jam 8 malam turut dimeriahkan dengan kemunculan artis popular tanah air antaranya Kaka Azraff, Haziq Rosebi, Rosma Sidek, serta persembahan Dikir Barat oleh Issey & Friends.

Gabungan persembahan kebudayaan seperti Gendang Rebana, Silat, Tarian Joget, Zapin Berkopak dan Gendang 24 turut ditampilkan dalam acara itu.

Penganjuran acara di Padang Merbok itu diadakan sempena Hari Permainan Malaysia 2026 pada sebelah siang, di samping deretan gerai makanan dan minuman 'viral'.

Sementara itu, lokasi River of Life menawarkan pengalaman interaktif bermula jam 10 pagi hingga 10 malam melalui jualan kraf, bengkel membuat tanjak, bengkel batik, kaligrafi, persembahan buskers, sketsa humor serta 'Sembang Seni' yang dibintangi nama-nama seperti Ann Abdullah, Mie Raja Lawak, Pak Chu Raja Lawak dan Kyoji Sky.

Presiden SENIMAN, Datuk Zed Zaidi berkata, Rentak Budaya diwujudkan sebagai platform santai bagi merapatkan jurang antara seni tradisi dengan generasi muda hari ini.

"Di River of Life, pengunjung boleh berinteraksi secara lebih dekat dengan penggiat seni dan mencuba sendiri aktiviti budaya, manakala di Padang Merbok kita tampilkan persembahan berskala lebih besar menggabungkan artis popular dengan kebudayaan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:12 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 11:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.