
Business : BNM To Issue Strategy Paper, Exposure Draft On Shariah Contract Framework This Year
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR, Oct 20 (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) will be issuing a strategy paper and exposure draft on the Shariah contract framework this year. (Bernama, 13:22)
Read the reporting
1 report
BNM terbit kertas strategi, rangka kerja kontrak Syariah tahun ini
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menerbitkan kertas strategi dan draf pendedahan berkaitan rangka kerja kontrak Syariah tahun ini.
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata rangka kerja itu sedang dikaji semula bagi menggalakkan penggunaan kontrak Syariah yang lebih meluas dan berkesan.
"Pelan Tindakan Sektor Kewangan seterusnya juga akan mencerminkan perubahan hala tuju yang lebih luas ini.
"Kami mahu menyelaraskan sektor kewangan dengan lebih rapat dengan keutamaan sosioekonomi masa depan Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan khas pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2026 di sini, hari ini.
Pada 11 November 2024, bank pusat itu menerbitkan kertas perbincangan mengenai rangka kerja kontrak Syariah yang menggariskan pendekatan dicadangkan untuk mengkaji semula dokumen dasar sedia ada berasaskan kontrak Syariah.
Kertas perbincangan berkenaan merangkumi cadangan pembentukan rangka kerja, penyelarasan penggunaan kontrak Syariah dengan objektif yang ingin dicapai, penyesuaian semula keperluan Syariah dan operasi, serta strategi dan garis masa pelaksanaan kajian semula.
Dalam satu kenyataan, BNM berkata, inisiatif itu bertujuan menyokong penggunaan kontrak Syariah yang pelbagai oleh institusi kewangan Islam, selaras dengan strategi Pelan Sektor Kewangan 2022-2026.
Mengenai pelan tindakan seterusnya, Abdul Rasheed berkata, BNM akan mengutamakan penyelarasan strategi dan modal dengan matlamat yang ingin dicapai, menerusi penyaluran sumber kepada sektor bernilai tambah tinggi dan tenaga boleh baharu, selain memperkukuh daya tahan terhadap kejutan iklim dan ekonomi.
Katanya, keutamaan kedua akan memberi tumpuan kepada inovasi yang berasaskan keperluan sebenar.
"Kami mahu meneruskan usaha sedia ada untuk merangka penyelesaian berdasarkan realiti yang dihadapi isi rumah dan perniagaan, khususnya dalam memenuhi keperluan yang masih kurang mendapat perhatian atau belum dipenuhi.
"Ini termasuk sokongan kewangan dan teknikal bagi mengembangkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) halal," katanya.
Sementara itu, Abdul Rasheed berkata, keutamaan ketiga ialah memastikan nilai seperti keadilan, integriti dan empati menjadi teras.
"Nilai ini mesti kekal menjadi asas kepada keputusan perniagaan dan amalan pasaran. Maqasid Syariah menjadi panduan kita. Kami mahu mencapai hasil berasaskan nilai yang memberikan impak," katanya.
KLIFF 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan lebih 400 delegasi berdaftar dari seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara platform utama perbankan dan kewangan Islam di rantau ini. - BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBernama13:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Reported by an official source (Bernama)
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Bernama
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.