Malaysian Attention Engine
Live wire
57Pegawai kerajaan maut ditikam suami47Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati47World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School46Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq43Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan 15 Januari 2027 tarikh keputusan41FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewConfirmedupdated 3 h ago

Ella raikan 50 insan di sebalik 40 tahun kegemilangan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 09:00 MYTLatest activity 16 Oct, 09:00BMconfidence 80%

What happened

Empat dekad dalam industri muzik bukan sekadar perjalanan seorang penyanyi membina nama, sebaliknya turut menjadi kisah tentang insan-insan yang bersama-sama mencorakkan sebuah legasi seni. (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

Ella raikan 50 insan di sebalik 40 tahun kegemilangan

By -SITI ATHIRAH DZULKIFLY · 16 Oct, 09:00 MYT

Empat dekad dalam industri muzik bukan sekadar perjalanan seorang penyanyi membina nama, sebaliknya turut menjadi kisah tentang insan-insan yang bersama-sama mencorakkan sebuah legasi seni.

Bagi Ratu Rock Malaysia, Ella, pencapaian itu lebih bermakna apabila kejayaan yang dikecapi dapat dikongsi dengan mereka yang selama ini menjadi sebahagian daripada perjalanan kariernya.

Selepas menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) pada 26 September lalu, Ella memilih untuk menterjemahkan penghargaan itu dalam bentuk yang lebih dekat di hati, iaitu meraikan individu dan komuniti yang menyumbang kepada kelangsungan perjalanan seninya sejak awal pembabitan dalam industri muzik.

Menerusi inisiatif Ella 40 Tahun Gemilang, seramai 50 penerima daripada pelbagai bidang diraikan dalam satu majlis tertutup di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, kelmarin.

Difahamkan, inisiatif itu menjadi tanda penghargaan terhadap mereka yang turut membentuk perjalanan seni penyanyi berkenaan sepanjang empat dekad.

Anugerah Sri Wirama sendiri merupakan antara pengiktirafan berprestij dalam industri muzik tempatan yang menghargai sumbangan dan dedikasi jangka panjang seseorang penggiat seni muzik.

Bagi Ella, pengiktirafan itu bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya membuka ruang untuk mengenang jasa insan-insan yang memainkan peranan penting dalam membina dan mempertahankan legasinya sebagai penyanyi rock wanita.

Daripada pemuzik, komposer, penulis lirik, penerbit muzik, pengamal media, penggiat kreatif dan pasukan pengurusan, hinggalah keluarga serta komuniti peminat, setiap penerima mempunyai kisah dan sumbangan tersendiri dalam perjalanan seni Ella.

Ada yang terlibat secara langsung dalam penciptaan lagu, penerbitan album dan penganjuran persembahan, manakala sebahagian lagi membantu membentuk identiti serta hala tuju kerjayanya.

Pengamal media pula berperanan mendokumentasikan perkembangan dan pencapaian seninya, sementara keluarga, pasukan pengurusan dan peminat terus menjadi antara sumber sokongan sepanjang perjalanan tersebut.

Menurut Ella, kejayaan seorang artis tidak pernah berdiri atas usaha individu semata-mata, sebaliknya terbina melalui komitmen ramai pihak yang mungkin tidak selalu mendapat perhatian umum.

“Bagi Ella, kejayaan seorang penggiat seni bukanlah hasil usaha dirinya sendiri semata-mata. Di sebalik setiap lagu, persembahan dan perjalanan kerjaya, ada ramai insan yang bekerja keras, memberikan sokongan dan memainkan peranan penting, walaupun nama mereka tidak selalu disebut.

“Selepas 40 tahun dalam industri muzik dan menerima Anugerah Sri Wirama, Ella rasa inilah masanya untuk Ella berkongsi penghargaan ini dengan mereka yang telah menjadi sebahagian daripada kerjaya seni Ella.

“Ella mahu meraikan mereka yang selama ini banyak menyumbang kepada kerjaya dan kejayaan Ella, kerana mereka juga layak diraikan dan dihargai.

“Ella berharap usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada artis-artis lain untuk turut menghargai insan-insan yang berjasa dalam perjalanan seni mereka. Kerana di sebalik kejayaan seorang artis, ada ramai insan yang turut menjayakannya,” katanya.

Selain itu, Ella turut berharap inisiatif itu tidak terhenti sebagai penghargaan terhadap perjalanan seninya semata-mata, sebaliknya dapat menyuntik inspirasi kepada penggiat seni lain untuk menzahirkan penghargaan kepada insan yang membantu mereka mencapai kejayaan.

“Ella akan berasa sangat gembira sekiranya penghargaan ini dapat menjadi inspirasi kepada artis-artis lain untuk turut meraikan individu yang banyak berjasa dalam perjalanan seni mereka.

“Bagi Ella, kita tidak perlu menunggu sehingga mencapai sesuatu pengiktirafan besar atau berada di penghujung perjalanan kerjaya untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong kita

“Setiap orang yang terlibat dalam perjalanan seni seseorang artis mempunyai sumbangan tersendiri. Ada yang membantu menghasilkan lagu, ada yang memastikan persembahan berjalan lancar, ada yang berkongsi karya kita dengan peminat, dan ada juga yang sentiasa memberikan sokongan ketika kita berdepan pelbagai cabaran.

“Semua peranan ini penting dan wajar dihargai. Jika usaha Ella ini dapat membuka ruang untuk lebih ramai artis menghargai orang di sekeliling mereka, itu sudah cukup membahagiakan Ella,” katanya.

Tambah Ella, penghargaan terhadap insan yang berjasa bukan sekadar mengenai pemberian anugerah atau pengiktirafan secara rasmi, tetapi turut melibatkan kesediaan untuk mengingati setiap sumbangan yang pernah diberikan.

“Ella berharap kita dapat membudayakan sikap saling menghargai dalam industri muzik. Tidak kira sama ada seseorang itu terkenal atau bekerja di belakang tabir, setiap usaha yang dilakukan dengan penuh komitmen mempunyai nilai tersendiri.

“Kadangkala, ucapan terima kasih dan pengiktirafan yang ikhlas juga membawa makna besar kepada seseorang yang telah lama menyumbang tanpa mengharapkan balasan.

“Selepas empat dekad dalam industri ini, Ella semakin memahami bahawa perjalanan seni bukan sesuatu yang boleh dilalui seorang diri. Ella bersyukur kerana sepanjang perjalanan ini, ada ramai insan yang percaya kepada Ella, membantu Ella berkembang dan terus memberikan sokongan

“Sebab itulah Ella mahu menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi penghargaan dan mengingatkan bahawa kejayaan yang kita kecapi hari ini turut menjadi milik mereka yang berjalan bersama kita,” katanya.

The post Ella raikan 50 insan di sebalik 40 tahun kegemilangan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow
Latest 09:43 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Ella raikan 50 insan di sebalik 40 tahun kegemilangan
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.