Malaysian Attention Engine
Live wire
47General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid46Business : Biokenaf Generates Over Rm50 Mln Sales, Creates Over 50 Job Opportunities45Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR42Dakwaan gangguan air, makanan di Penjara Kajang disiasat39Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam39Shuib Akhirnya Bersuara Isu Dengan Jep, Mohon Maaf Berulang Kali – “Aku Minta Maaf, Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan & Keegoaan…”37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang37Sport : Jefri, Arrifin Swap NSC, Sports Commissioner Posts - KBS36Business : Global Fuel Price Surge Pushes Up Electricity Generation Costs – DPM Fadillah36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Business : Selangor Attracts Over RM3 Bln In Potential Investment From Four Foreign Investors
AcceleratingConfirmedupdated 26 min ago

Elliza masih trauma diburu ahlong

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
42
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 13:28 MYTLatest activity 15 Oct, 14:30BMconfidence 79%

What happened

KUALA LUMPUR: Kehilangan insan tersayang, tekanan kewangan dan pengalaman berdepan gangguan pemberi pinjaman wang tidak berlesen terus menghantui kehidupan penyanyi Elliza Razak, yang mengakui masih bergelut membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal. (Berita Harian, 13:28)

Read the reporting

3 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Elliza masih trauma diburu ahlong

By Fatin Farhana Ariffin · 15 Oct, 13:28 MYT

KUALA LUMPUR: Kehilangan insan tersayang, tekanan kewangan dan pengalaman berdepan gangguan pemberi pinjaman wang tidak berlesen terus menghantui kehidupan penyanyi Elliza Razak, yang mengakui masih bergelut membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal.

Pada usia 42 tahun, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu tidak mempunyai pilihan selain menguatkan semangat dan melakukan pelbagai pekerjaan demi memastikan keperluan anak-anaknya yang kini berusia 12 dan 10 tahun dapat dipenuhi.

Bagi Elliza, kemewahan bukan lagi keutamaan. Sebaliknya, dia hanya mahu memperoleh pendapatan mencukupi untuk melunaskan komitmen kewangan serta menyediakan kehidupan yang selesa buat dua cahaya matanya.

"Memang sangat mencabar dan sehingga sekarang saya masih bergelut. Sebab itu saya tiba-tiba menjadi pengacara untuk acara ini. Apa sahaja yang boleh menjana pendapatan, saya lakukan kerana fokus saya adalah untuk membesarkan anak-anak.

"Pada usia sekarang, saya tidak lagi mengejar kemewahan dunia. Saya cuma mahu menyelesaikan komitmen dan memenuhi keperluan asas. Itu pun saya sudah bersyukur dan gembira. Kalau dapat menikmati kemewahan, Alhamdulillah," katanya ditemui pada sidang media NU Fest 2027 di Las Palmas Racquet Club, City Parking, di sini, baru-baru ini.

Penyanyi itu berkata, tekanan kewangan yang dihadapinya turut menyebabkan dia hidup dalam keresahan hampir setiap hari, terutama apabila memikirkan tanggungan seperti bayaran sewa rumah dan ansuran kereta.

"Ibarat setiap kali bangun dan celik mata, jantung saya berdebar. Saya sentiasa berasa risau dan takut.

"Saya akan terfikir tentang perkara yang perlu dibayar, komitmen kewangan dan sewa rumah yang perlu diselesaikan. Semua itu membuatkan saya takut dan keadaan ini berlaku setiap hari sehingga saya berasa penat," katanya.

Bagaimanapun, Elliza berkata, dia memilih untuk berserah kepada Allah dan percaya setiap kesulitan pasti disertai jalan keluar.

"Saya selalu berkata kepada diri sendiri, tidak mengapa kerana Allah ada bersama saya. Alhamdulillah, Allah sentiasa mencukupkan keperluan saya.

"Ada kalanya rezeki tidak banyak, tetapi saya mengingatkan diri bahawa mungkin minggu depan ada rezeki lain. Saya berserah sepenuhnya kepada Allah kerana hanya Dia tempat saya bergantung sekarang," katanya yang turut menjana pendapatan menerusi perniagaan produk wangian.

Beban yang dipikul Elliza menjadi lebih berat apabila dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya serta seorang abang, sekali gus mengecilkan lingkungan keluarga yang boleh menjadi tempatnya bergantung.

Katanya, bapanya meninggal dunia pada 2022, diikuti ibunya pada 2023, manakala abangnya pula menghembuskan nafas terakhir pada 2025.

"Sekarang saya sudah tiada ibu bapa dan suami. Seorang abang saya juga sudah meninggal dunia, manakala kakak dan abang yang lain pula kurang sihat dan sudah berusia.

"Jadi, kehidupan saya sekarang hanya saya dan anak-anak," katanya.

Dalam pada itu, Elliza mengakui pengalaman berdepan gangguan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long berhubung pinjaman yang didakwa dibuat bekas suaminya meninggalkan kesan mendalam sehingga dia masih berasa takut hingga kini.

Katanya, dia tidak mengetahui mengenai pinjaman berkenaan sehinggalah menerima mesej daripada ah long, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan dirinya dan anak-anak.

"Saya pernah dikejar ahlong. Bukan saya yang membuat pinjaman itu, sebaliknya bekas suami. Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah tiba-tiba ah long menghantar mesej melalui WhatsApp. Memang saya takut.

"Saya hendak keluar rumah pun berasa takut. Kadang-kadang apabila tiba-tiba ada surat ditampal di hadapan rumah, saya terus berasa cemas.

"Setiap kali hendak keluar rumah, saya akan memeriksa pagar terlebih dahulu untuk melihat sama ada ada benda yang ditampal atau tidak. Saya masih berasa takut sehingga sekarang," katanya.

Pengalaman itu turut membuatkan Elliza sentiasa memikirkan keselamatan dua anaknya yang masih kecil dan memerlukan perlindungannya.

Katanya, dia hanya mampu berdoa agar dirinya dan anak-anak sentiasa berada dalam lindungan Allah ketika berdepan pelbagai cabaran kehidupan.

"Saya sangat risaukan anak-anak dan takut sesuatu berlaku kepada kami. Apa-apa pun, saya serahkan semuanya kepada Allah. Saya cuma meminta Allah menjaga kami bertiga," katanya.

Elliza mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 sebelum disahkan bercerai pada Februari 2024.

Sebelum ini, Elliza pernah mendedahkan bahawa perkahwinannya menyebabkan dia berdepan pelbagai tekanan emosi, termasuk mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dia juga pernah meluahkan kebimbangan berhubung isu hutang yang didakwa membabitkan bekas suaminya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWRISINGnow14:00
Latest 14:48 MYT
42Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +100%, z 1.8

  4. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 13:28 MYT
Origin confidence 90% · 23 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.