Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Empati ketika musibah melanda

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 06:04 MYTLatest activity 12 Oct, 06:04BMconfidence 60%

What happened

Bayangkan baru menerima berita kehilangan insan tersayang, kemudian membuka telefon dan melihat gambar kejadiannya tersebar di media sosial. Di ruangan komen, orang yang tidak mengenali keluarga mula membuat andaian, mencari kesalahan dan mempersoalkan perkara yang mereka sendiri belum fahami. Ketika hati masih cuba menerima kehilangan, keluarga terpaksa berdepan pula dengan kata-kata yang menambahkan kesedihan. (Harian Metro, 06:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Empati ketika musibah melanda

By Dr Nur Syazwani Ahmad · 12 Oct, 06:04 MYT

Bayangkan baru menerima berita kehilangan insan tersayang, kemudian membuka telefon dan melihat gambar kejadiannya tersebar di media sosial. Di ruangan komen, orang yang tidak mengenali keluarga mula membuat andaian, mencari kesalahan dan mempersoalkan perkara yang mereka sendiri belum fahami. Ketika hati masih cuba menerima kehilangan, keluarga terpaksa berdepan pula dengan kata-kata yang menambahkan kesedihan.

Situasi ini mengajak kita memikirkan semula cara kita bertindak apabila berita kematian, kemalangan atau musibah muncul di media sosial. Di sebalik setiap hantaran, ada manusia yang terkesan. Ada keluarga yang sedang menunggu pengesahan, menguruskan rawatan atau pengebumian dan mencari kekuatan untuk memaklumkan berita kepada saudara. Apa yang kita baca sepintas lalu mungkin merupakan saat paling sukar dalam kehidupan mereka.

Media sosial boleh menjadi ruang sokongan yang bermakna. Berita dapat disampaikan dengan cepat, saudara dan sahabat boleh mengucapkan takziah, manakala bantuan dapat digerakkan apabila diperlukan. Namun, manfaat ini mudah tenggelam apabila perkongsian disertai komen yang menghukum, andaian tanpa asas dan gambar yang tidak menjaga maruah mangsa. Dalam keadaan sebegini, empati perlu memandu tindakan kita.

Empati bermula dengan kesediaan untuk mempertimbangkan perasaan orang yang menerima kata-kata kita. Ungkapan seperti 'Kenapa tidak berhati-hati?', 'Itulah akibatnya' atau 'Keluarga dia tidak pantau ke?' mungkin ditaip dalam beberapa saat. Namun, bagi keluarga yang sedang berduka, kata-kata itu boleh terasa seperti tuduhan. Mereka seolah-olah diminta menjelaskan dan mempertahankan diri ketika masih cuba memahami kejadian yang berlaku.

Sedangkan orang ramai lazimnya hanya mengetahui sebahagian cerita melalui gambar, rakaman pendek atau hantaran yang dikongsi. Maklumat tersebut belum tentu menggambarkan keseluruhan keadaan. Membuat kesimpulan tentang kecuaian, hubungan keluarga atau punca kejadian sebelum maklumat disahkan hanya membuka ruang kepada spekulasi. Sebelum mengulas, pertimbangkan sama ada komen itu memberikan sokongan atau sekadar menambahkan beban. Jika tiada perkara bermanfaat untuk disampaikan, menahan diri ialah pilihan yang berhemah.

Kepekaan yang sama diperlukan ketika berkongsi gambar dan video. Rakaman yang memperlihatkan kecederaan, tubuh mangsa atau keadaan mereka yang tidak berdaya mungkin menarik perhatian orang ramai. Namun, bagi keluarga, gambar itu memperlihatkan insan tersayang dalam keadaan yang amat menyakitkan untuk dilihat. Mereka mungkin terpaksa melihatnya berulang kali apabila rakaman tersebut terus dikongsi, disertai kapsyen sensasi dan komen yang tidak berperasaan.

Alasan 'sekadar berkongsi' atau 'untuk memberi pengajaran' tidak menghapuskan kesannya terhadap keluarga. Gambar yang sudah tular juga tidak bermakna kita bebas menyebarkannya. Setiap perkongsian meluaskan pendedahan dan menyukarkan usaha menghentikan penyebaran. Sebelum menekan butang kongsi, tanyakan sama ada kebenaran telah diberikan dan sama ada gambar tersebut benar-benar diperlukan. Pengajaran tentang keselamatan boleh disampaikan melalui penerangan yang berhemah tanpa mendedahkan keadaan mangsa secara keterlaluan.

Selain menjaga kata-kata dan perkongsian, kita perlu menghormati ruang keluarga. Mereka tidak semestinya bersedia menjawab pertanyaan orang ramai atau menceritakan detik terakhir mangsa. Desakan untuk mengetahui cerita penuh boleh menambahkan tekanan walaupun pertanyaan itu didorong rasa ingin tahu atau keprihatinan. Biarkan keluarga menentukan perkara yang ingin dikongsikan dan waktu yang sesuai untuk berbuat demikian.

Sokongan pula tidak perlu panjang atau berbunga-bunga. Ucapan takziah yang ikhlas, doa dan tawaran bantuan praktikal mengikut keperluan mereka sudah memadai. Elakkan soalan yang terlalu peribadi serta ungkapan yang memperkecil kesedihan. Setiap orang menghadapi kehilangan dengan cara yang berbeza. Ada yang mahu bercerita, manakala ada yang memerlukan masa dan ketenangan.

Budaya media sosial yang berempati dibina melalui pilihan harian kita. Semak maklumat sebelum berkongsi, elakkan spekulasi dan fikirkan kesan sebelum mengulas. Jika terlanjur menyebarkan kandungan yang tidak sesuai, padamkan hantaran tersebut. Jika kata-kata kita melukakan, akui kesilapan dan hentikan perdebatan yang hanya menambahkan beban kepada keluarga.

Kepekaan ini juga perlu diterapkan dalam keluarga dan pendidikan supaya pengguna memahami bahawa tindakan dalam talian membawa kesan kepada kehidupan sebenar. Kemahiran menggunakan teknologi perlu disertai kebijaksanaan menjaga perasaan dan maruah orang lain.

Sebelum menulis komen atau menyebarkan sesuatu, berhentilah sejenak dan tanyakan: "Jika ini keluarga saya, adakah saya sanggup menerima layanan yang sama?" Ketika seseorang sedang berduka, kita mungkin tidak mampu mengurangkan seluruh kesedihannya. Namun, kita boleh memilih kata-kata dan tindakan yang tidak menambahkan luka.

Penulis Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Sosial, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (UM)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:0008:00
Latest 08:49 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 06:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Empati ketika musibah melanda
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.