Malaysian Attention Engine
Live wire
46Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202840Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202737General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar362 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas36Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202736General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia35JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 535Hakim Danish terjatuh pada sesi Kelayakan 1 GP Indonesia35Proses naturalisasi Gallifuoco kini tunggu lampu hijau FAM35Nestlé, YFBM kukuh kerjasama tangani pembaziran makanan
NewConfirmedupdated 40 min ago

Bagi Cheng Hoe dua, tiga tahun - Jamal Nasir

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:04 MYTLatest activity 11 Oct, 13:10BMconfidence 80%

What happened

Bagi Cheng Hoe dua, tiga tahun - Jamal Nasir (Harian Metro, 13:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Bagi Cheng Hoe dua, tiga tahun - Jamal Nasir

By Zulfaizan Mansor · 11 Oct, 13:04 MYT

zulfaizan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berpandangan Tan Cheng Hoe wajar diberi peluang sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya.

Jamal menganggap pengendali berusia 58 tahun itu sudah membuktikan kemampuannya apabila memacu skuad negara dengan rekod tanpa kalah dan tidak bolos dalam empat perlawanan pada kempen Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menjelaskan, pencapaian itu turut membuktikan bahawa jurulatih tempatan mampu membawa Harimau Malaya ke tahap terbaik sekiranya memiliki 'material' atau pemain yang berkualiti.

Justeru, beliau menegaskan semua pihak tidak sepatutnya lebih mengagungkan jurulatih dari luar negara dan merendahkan kemampuan Cheng Hoe hanya kerana dia seorang jurulatih tempatan.

"Bagi ruang dan peluang kepada jurulatih tempatan sebab mereka pun ada kelayakan dan lesen pro. Kalau kata kita bagi setahun atau dua tahun, tak bolehlah selepas dua, tiga perlawanan atau setahun terus nak pecat.

"Bola sepak ini satu proses yang panjang, bukan kata main hari ini, esok sudah pandai. Mengenai Cheng Hoe, saya rasa bagi dia ruang dan peluang walaupun dia sudah pernah jadi ketua jurulatih sebelum ini.

"Bagi dia ruang, contohnya dua atau tiga tahun. Tahun pertama tengok keputusan dan tahun kedua serta ketiga nilai KPI (petunjuk prestasi utama). Jika tidak mencapai KPI, selepas itu barulah tukar.

"Kalau kita tengok pada Piala ASEAN FIFA, Harimau Malaya tidak kalah, malah tidak dibolosi satu gol pun. Jadi maknanya pasukan kita juga kuat walaupun dibimbing jurulatih tempatan dan paling penting kena ada barisan pemain yang bagus.

"Kalau lantik jurulatih luar pun kadang-kadang tiada beza juga dan mungkin boleh jadi lebih teruk. Sebelum ini pun apabila tanpa pemain berkualiti, Harimau Malaya dibimbing jurulatih luar pun kalah juga," katanya.

Semalam, Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan kedudukan Cheng Hoe yang ketika ini berstatus ketua jurulatih interim Harimau Malaya akan dibincangkan secara bersama dalam Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan serta Jawatankuasa Eksekutif FAM.

Masa depan Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan menjadi persoalan hangat banyak pihak susulan prestasi memberangsangkan Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN FIFA dengan merekodkan tiga kemenangan dan satu seri walaupun menamatkan saingan di tangga ketiga.

Selain tidak kalah dan bolos dalam empat perlawanan itu, Harimau Malaya juga berjaya menamatkan penantian 12 tahun tidak menang ke atas Vietnam selepas menewaskan pasukan ranking ke-99 dunia itu 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 13:19 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 13:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Beri peluang Cheng Hoe dua, tiga tahun - Jamal
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.