
EPMB rancang bangun kilang tangki bahan api RM100 juta untuk PROTON
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SHAH ALAM: EP Manufacturing Bhd (EPMB) memeterai usaha sama dengan pembekal komponen automotif China, Hebei Shichang Auto Parts Co Ltd (Hebei Shichang), bagi membangunkan kemudahan pengeluaran tangki bahan api plastik untuk PROTON dengan jumlah pelaburan RM100 juta. (Berita Harian, 21:50)
Read the reporting
3 reports
EPMB rancang bangun kilang tangki bahan api RM100 juta untuk PROTON
SHAH ALAM: EP Manufacturing Bhd (EPMB) memeterai usaha sama dengan pembekal komponen automotif China, Hebei Shichang Auto Parts Co Ltd (Hebei Shichang), bagi membangunkan kemudahan pengeluaran tangki bahan api plastik untuk PROTON dengan jumlah pelaburan RM100 juta.
Menurut siaran media EPMB, kemudahan Fasa 1 itu akan dibangunkan di hab pembuatannya di Batang Kali, Selangor, dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 200,000 tangki bahan api setahun.
Bekalan kepada PROTON di Tanjung Malim dijadual bermula pada Mac 2027 selepas kemudahan berkenaan siap, bagi menyokong pengembangan pengeluar kereta nasional itu serta meningkatkan penggunaan komponen yang dihasilkan di Malaysia.
Susulan pemeteraian perjanjian itu, EP Shichang Automotive Systems Sdn Bhd akan ditubuhkan untuk melaksanakan usaha sama berkenaan, dengan pegangan 51 peratus oleh EPMB dan 49 peratus oleh Hebei Shichang, menurut syarikat itu.
Hebei Shichang mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran sistem tangki bahan api plastik. Menurut EPMB, syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Beijing itu mempunyai pelanggan termasuk Geely, Chery, BYD, SAIC, FAW, Changan dan BAIC.
Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan EPMB, Mohd Seth Sulaiman, berkata pengeluaran komponen berkenaan memerlukan keupayaan teknikal khusus.
"Tangki bahan api plastik merupakan produk yang sangat teknikal dan penting kepada prestasi serta keselamatan kenderaan," katanya dalam siaran media berkenaan.
"Komponen ini perlu menahan tekanan tinggi dan menggunakan struktur plastik berbilang lapisan bagi memenuhi keperluan teknologi, keselamatan dan prestasi," katanya.
Mohd Seth berkata EPMB sudah menjadi rakan kongsi PROTON selama hampir 40 tahun dan usaha sama baharu itu bertujuan menyokong pengembangan penggunaan platform Advanced Modular Architecture (AMA) oleh pengeluar berkenaan.
"Usaha sama strategik kami dengan Hebei Shichang akan membolehkan kami terus menyokong PROTON dalam mengembangkan penggunaan platform AMA dan mencapai kejayaan yang lebih besar, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa," katanya.
Beliau berkata kerjasama itu akan menggabungkan kepakaran teknologi Hebei Shichang dari China dengan keupayaan pembuatan serta rantaian bekalan EPMB, bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran tangki bahan api sedia ada untuk memenuhi keperluan PROTON-Geely dalam pasaran domestik dan eksport.
Dari sudut perniagaan, Mohd Seth berkata pengeluaran tangki bahan api plastik dilihat berpotensi menjadi pemacu hasil kumpulan, seiring usaha EPMB beralih kepada produk lebih canggih dengan margin keuntungan lebih baik, seperti perniagaan tempat duduk automotifnya.
"Akhir sekali, kami percaya kerjasama ini akan membawa transformasi yang ketara kepada perniagaan komponen kami serta menyumbang kepada pembangunan rantaian bekalan komponen yang mempunyai tahap tempatan yang tinggi di Malaysia," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is rising
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- First mainstream coverage by Berita Harian at 21:50, 160 min after first detection
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1NewsPaul Tan's Automotive News19:09
- Step 2News outletsBerita Harian21:50 · +160 min
Internet reaction
- EPMB, Hebei Shichang enter joint venture for production of Proton Saga, AMA02, AMA05 fuel tanks in Batang Kaliu/Mick Chan · Paul Tan's Automotive News · 19:09 · EN
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.