
Rakyat Malaysia di Arab Saudi diarah elak kawasan berisiko tinggi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya mengelak berada di kawasan berisiko tinggi di negara itu. (Berita Harian, 21:27)
Read the reporting
1 report
Rakyat Malaysia di Arab Saudi diarah elak kawasan berisiko tinggi
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya mengelak berada di kawasan berisiko tinggi di negara itu.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, menasihatkan rakyat Malaysia di negara terbabit agar tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan insiden keselamatan semasa.
Nasihat itu dikeluarkan bagi mengelak ia menimbulkan keadaan panik atau mengganggu operasi pihak berkuasa.
"Mengambil kira perkembangan terkini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya kekal tenang.
"Mohon untuk sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa Arab Saudi yang dikeluarkan melalui saluran rasmi," kata kedutaan itu hari ini.
Pada masa sama, pihak kedutaan turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya merancang perjalanan sebaiknya, termasuk menyemak status penerbangan secara langsung dengan syarikat penerbangan dan pihak lapangan terbang sebelum melakukan perjalanan.
Selain itu, rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Arab Saudi, diminta untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat keberadaan di negara berkenaan dengan pihak kedutaan.
"Ia bagi memudahkan sebarang penyaluran maklumat dan bantuan konsular sekiranya diperlukan," katanya.
Berhubung pemakluman perkembangan penting, pihak kedutaan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan akan memaklumkan situasi terkini kepada rakyat Malaysia melalui saluran rasmi.
Justeru, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular kecemasan boleh menghubungi talian hotline Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh menerusi talian +966 56 300 6319 atau e-mel ke mwriyadh@kln.gov.my.
Media hari ini melaporkan, kumpulan Houthi semalam bertindak melancarkan serangan yang menyasarkan lapangan terbang di ibu kota Arab Saudi, Riyadh.
Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi, hari ini memaklumkan bahawa tiga rakyat negara itu terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam dua serangan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.