
EU tangguh sidang kemuncak kedua dengan GCC susulan ketegangan serantau
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BRUSSELS: Sidang Kemuncak kedua Kesatuan Eropah-Majlis Kerjasama Teluk (EU-GCC), ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan dipersetujui kemudian oleh kedua-dua pihak, menurut pengumuman GCC pada Khamis. (Berita Harian, 07:21)
Read the reporting
1 report
EU tangguh sidang kemuncak kedua dengan GCC susulan ketegangan serantau
BRUSSELS: Sidang Kemuncak kedua Kesatuan Eropah-Majlis Kerjasama Teluk (EU-GCC), ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan dipersetujui kemudian oleh kedua-dua pihak, menurut pengumuman GCC pada Khamis.
Ia pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober di Riyadh, Arab Saudi,
Menurut Anadolu Ajansi, Setiausaha Agung GCC, Jasem Albudaiwi dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat berikutan 'percubaan berterusan militia pengganas Houthi menyasarkan Arab Saudi dan kemudahan awamnya'.
Ini mengancam keselamatan dan kesejahteraan orang awam selain penggantungan operasi yang berpanjangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan delegasi yang menyertai sidang kemuncak itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, EU berkata perkongsian dengan GCC mempunyai kepentingan strategik yang besar kepada kedua-dua rantau.
Ia menegaskan semula komitmennya untuk memperkukuh hubungan dan meneruskan momentum yang terjalin sejak sidang kemuncak pertama pada Oktober 2024.
Albudaiwi menegaskan bahawa GCC dan EU komited untuk bekerjasama mewujudkan keadaan yang sesuai bagi membolehkan sidang kemuncak itu berlangsung.
Ini demi mencapai matlamat jangka panjang mereka untuk memperkukuh dan memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua pertubuhan.
Pengumuman itu dibuat ketika serangan Houthi terhadap Arab Saudi semakin meningkat, dengan serangan berkenaan bertambah sengit sejak Julai.
Lapangan terbang Riyadh menjadi sasaran beberapa serangan sejak kebelakangan ini, sehingga menyebabkan operasi digantung buat sementara waktu.
Lima lapangan terbang di Arab Saudi menjadi sasaran serangan Houthi sejak 5 Oktober, mengakibatkan 20 orang maut dan ratusan lagi cedera, selain menyebabkan kerosakan harta benda serta gangguan kepada trafik udara.
Perkembangan terbaharu itu adalah sebahagian daripada peningkatan ketenteraan yang bermula pada Julai dan menjadi yang paling meluas sejak keadaan relatif tenang di Yaman susulan gencatan senjata yang bermula pada April 2022.
Arab Saudi mengetuai pakatan tentera yang menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dalam menentang Houthi sejak 2015. Kumpulan itu menguasai ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah sejak 2014.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.