
Fatima tak sabar nak Jarir masuk ‘live’ TikTok – Fattah Amin
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM – Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira melihat keakraban puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya yang sentiasa teruja melayani adiknya, Muhammad Jarir Umar dengan penuh kasih sayang. (Kosmo!, 12:10)
Read the reporting
1 report
Fatima tak sabar nak Jarir masuk ‘live’ TikTok – Fattah Amin
SHAH ALAM – Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira melihat keakraban puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya yang sentiasa teruja melayani adiknya, Muhammad Jarir Umar dengan penuh kasih sayang.
Menurut Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 36, hubungan dua beradik itu semakin hari semakin erat, malah Fatima kini sudah mula memahami peranannya sebagai seorang kakak.
“Setiap kali Fatima datang, nampak hubungan (bonding) mereka makin erat, alhamdulillah. Malah sewaktu sesi siaran langsung baru-baru ini, dia begitu teruja sehingga bertanya kepada saya sama ada boleh membawa adiknya masuk ketika bersiaran langsung dalam TikTok.
“Tetapi saya jelaskan belum masanya lagi kerana adik masih kecil. Insya-Allah suatu hari nanti bila adik sudah besar sedikit, kami akan kongsikan (wajahnya).
“Saya faham ramai yang teruja dan teringin hendak melihat, cuma belum tiba masanya lagi. Fatima juga sekarang mula faham dia sudah bergelar kakak,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), baru-baru ini.
Selain keakraban dua beradik, Fattah turut berkongsi rasa syukur mengenai perkembangan tumbesaran Jarir yang sangat positif.
“Alhamdulillah, perkembangan Jarir sekarang dia sudah pandai meniarap sedikit demi sedikit. Sebelum ini dia hanya terlentang sahaja, tetapi sekarang tangannya semakin kuat.
“Dia sudah pandai menolak badan untuk cuba meniarap, itulah perkembangannya buat masa ini.
“Selain menguruskan Jarir, kami berdua sememangnya sentiasa sibuk melayani Fatima,” ujarnya.
Mengulas rutin kembali mengasuh bayi kecil di celah jadual kerjaya seni yang padat, pelakon tersebut mengakui tanggungjawab berkenaan menuntut pengorbanan waktu tidur serta persefahaman bersama isteri tercinta, Amira Othman.
“Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, pasti faham situasi rutin bangun tengah-tengah malam untuk memberikan susu dan sebagainya, memang sudah menjadi lumrah biasa.
“Walaupun saya perlu bekerja pada waktu pagi, namun apabila mendengar anak menangis tengah malam, memamg tak boleh teruskan tidur begitu sahaja.
“Secara automatik saya akan terjaga untuk membantu isteri. Kami berdua sama-sama menggalas rutin menjaga Jarir yang kerap terjaga malam,” ujarnya
Fattah sebelum ini menikahi Amira pada 14 September 2025 dan dikurniakan anak lelaki, Jarir pada 23 Jun lalu, manakala Fatima pula merupakan cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan Nur Fazura.– KOSMO! ONLINE
The post Fatima tak sabar nak Jarir masuk ‘live’ TikTok – Fattah Amin appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.