Malaysian Attention Engine
Live wire
53Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202550Ceroboh kuil, pecah patung, tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan50Pushing mega-projects, Hamzah Zainudin criticises Budget 2027 as ‘lacking vision’47Meta expands WhatsApp utility with non-account guest calling features45General : Kelantan Teen Set For Fourth Appearance At Global It Challenge41Penuntut universiti didakwa tikam bekas teman wanita, adik mangsa hingga parah41Sulaiman bertanding jika parti mahukannya40Govt considers seizing assets of motorists to compensate crash victims39Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia39General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok38China-North Korea bridge to open on October 15
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Fenomena Super El Nino jadikan jerebu lebih parah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 12:56 MYTLatest activity 15 Oct, 12:56BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Tiada istilah 'Superhaze' digunakan dalam sains, sebaliknya keadaan cuaca lebih panas dan kering akibat fenomena Super El Nino di rantau Asia Tenggara ketika ini mengakibatkan situasi jerebu rentas sempadan bertambah parah. (Berita Harian, 12:56)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Fenomena Super El Nino jadikan jerebu lebih parah

By Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil · 15 Oct, 12:56 MYT

KUALA LUMPUR: Tiada istilah 'Superhaze' digunakan dalam sains, sebaliknya keadaan cuaca lebih panas dan kering akibat fenomena Super El Nino di rantau Asia Tenggara ketika ini mengakibatkan situasi jerebu rentas sempadan bertambah parah.

Ketua Jabatan, Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zulfa Hanan Ashaari berkata, secara amnya Malaysia pernah dilanda jerebu dari kawasan serantau, namun terma 'superhaze' tidak wujud dari sudut saintifik.

Sebaliknya beliau menjelaskan, fenomena Super El Nino ketika ini mengakibatkan taburan hujan berkurangan, maka berlaku musim kering berpanjangan lantas mengakibatkan tumbuh-tumbuhan serta tanah gambut menjadi lebih mudah terbakar.

"Sekiranya berlaku kebakaran hutan atau pembakaran terbuka dalam keadaan ini, api lebih sukar dikawal dan asap yang dihasilkan boleh meningkatkan pencemaran udara.

"Pada masa yang sama, kekurangan hujan juga menyebabkan proses pembersihan bahan pencemar daripada atmosfera menjadi kurang berkesan.

"Bagaimanapun, Super El Nino bukanlah punca langsung jerebu, sebaliknya ia lebih kepada fenomena iklim yang boleh mewujudkan keadaan yang meningkatkan risiko kebakaran dan memburukkan pencemaran udara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulfa Hanan menjelaskan asap daripada kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia mampu bergerak ratusan kilometer atas faktor arah tiupan serta kelajuan pergerakan angin monsun semasa.

Katanya, angin yang lebih kencang mampu membawa asap atau jerebu dengan lebih cepat, namun dari sudut lain ia juga mengurangkan 'kepekatan' bahan pencemar yang tersebar di sesuatu kawasan.

"Sebaliknya, apabila angin lemah, bahan pencemar lebih mudah berkumpul dan menyebabkan keadaan jerebu berlarutan. Pada masa ini, kita juga berada dalam tempoh peralihan monsun, apabila arah angin boleh berubah-ubah.

"Oleh itu, perubahan arah dan kelajuan angin dalam beberapa hari akan datang sangat penting dalam menentukan sama ada keadaan jerebu akan bertambah baik atau semakin serius," katanya.

Mengulas mengenai kesan jangka panjang kepada iklim sekiranya jerebu terus berlarutan, Zulfa Hanan berkata ia berpotensi mempengaruhi keadaan cuaca setempat kerana partikel jerebu boleh mengubah jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi.

"Zarah-zarah halus dalam jerebu akan menyerakkan dan menyerap sebahagian daripada sinaran matahari. Akibatnya, pemanasan permukaan bumi pada waktu siang boleh berkurangan.

"Kedua, keadaan ini boleh mempengaruhi kestabilan atmosfera. Biasanya, apabila permukaan bumi dipanaskan oleh matahari, udara panas akan naik ke atas dan membantu proses pencampuran udara.

"Tetapi apabila pemanasan permukaan berkurangan, pergerakan udara menegak ini juga boleh menjadi lebih lemah. Dalam keadaan tertentu, pencemar akan lebih mudah terperangkap berhampiran permukaan bumi, menyebabkan jerebu menjadi lebih sukar untuk tersebar," katanya.

Menjelaskan lanjut, katanya jerebu juga boleh mempengaruhi proses pembentukan awan. "Apabila kepekatan zarah terlalu tinggi, titisan awan yang terbentuk mungkin menjadi lebih kecil dan mengambil masa lebih lama untuk bergabung menjadi titisan hujan, lantas melambatkan pembentukan hujan.

"Bagaimanapun, kesan-kesan berkenaan tidak semestinya sama di semua kawasan kerana ia turut bergantung kepada elemen-elemen lain termasuk kelembapan udara, jenis awan dan keadaan atmosfera.

"Bagaimanapun, jerebu yang berpanjangan selama beberapa hari atau minggu tidak semestinya menyebabkan perubahan iklim kekal.

"Kesan meteorologi boleh berlaku sepanjang episod berkenaan, manakala perubahan iklim jangka panjang perlu dinilai dengan lebih teliti," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:52 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 12:56 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.