
Fragmania 2026 temukan pengasas, pencipta kandungan, peminat wangian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Penganjuran sulung festival wangian, Fragmania 2026 di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula hari ini selama tiga hari, bakal menghimpunkan lebih 60 jenama dan pempamer wangian. (Kosmo!, 12:31)
Read the reporting
1 report
Fragmania 2026 temukan pengasas, pencipta kandungan, peminat wangian
PETALING JAYA – Penganjuran sulung festival wangian, Fragmania 2026 di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula hari ini selama tiga hari, bakal menghimpunkan lebih 60 jenama dan pempamer wangian.
Bertemakan, ‘Where Masses Meet Scents’, festival wangian itu bukan sekadar satu platform yang membolehkan pengunjung membeli minyak wangi tetapi menjadi medan pertemuan peminat wangian, pengumpul, pencipta kandungan, pengasas jenama dan pemain industri.
Pengasas Fragmania, Dr. Iskandar Danial Adam Adonis berkata, pengunjung berpeluang mencuba sendiri pelbagai koleksi wangian, menyaksikan pelancaran produk baharu dan menyertai pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari acara.
Menurut beliau, festival berkenaan turut membuka ruang kepada jenama tempatan dan baharu memperkenalkan produk mereka secara lebih dekat kepada pengguna sekali gus memperkukuh usaha mengetengahkan industri wangian tempatan ke peringkat lebih luas.
“Dengan kemasukan percuma, pameran ini memberi peluang kepada peminat meneroka dunia wangian, mencuba pelbagai haruman, mengenali jenama baharu dan berinteraksi dengan komuniti yang berkongsi minat sama,” katanya dalam kenyataan.
Danial Adam menjelaskan, pengunjung juga boleh mendapatkan wangian tempatan yang sebelum ini hanya dipasarkan di peringkat antarabangsa di mana harga ditawarkan bermula RM35 hingga RM1,988,” katanya.
Lebih menarik, pembelian wangian bernilai sekurang-kurangnya RM150 melayakkan pengunjung menyertai cabutan bertuah dengan keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM100,000.
Antara hadiah utama yang menanti pengunjung bertuah adalah Mini Cooper Countryman R60 (2013/2017), motosikal elektrik, Samsung Galaxy A07 serta pelbagai hadiah lain. -KOSMO! ONLINE
The post Fragmania 2026 temukan pengasas, pencipta kandungan, peminat wangian appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.