
FSPA UMT perkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan bersama Jiangsu Ocean University, China
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA NERUS: Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), menerima kunjungan delegasi Jiangsu Ocean University (JOU), China, bagi membincangkan peluang kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi. (Utusan Malaysia, 17:32)
Read the reporting
2 reports
UMT-MARITIM Malaysia perkukuh sinergi ilmu inovasi dan bakat maritim negara
KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti berteraskan kelautan dan sumber akuatik menerusi kerjasama strategik melalui Majlis menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan maritim, penyelidikan, teknologi marin serta pembangunan modal insan.
Kerjasama tersebut menjadi platform penting dalam menghubungkan kepakaran akademik dan penyelidikan UMT dengan pengalaman serta keperluan operasi sebenar di lapangan, sekali gus menghasilkan penyelesaian yanglebih berimpak kepada negara.
Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Suriyani Muhamad, berkata cabaran maritim yang semakin kompleks memerlukan sinergi antara ilmu, teknologi, inovasi dan pengalaman lapangan.
“UMT melihat kerjasama dengan Maritim Malaysia sebagai satu perkongsian strategik bagi memastikan ilmu dan penyelidikan yang dibangunkan di universiti mempunyai hubungan yang kukuh dengan keperluan sebenar di laut.
“Pada masa yang sama, cabaran di lapangan boleh diterjemahkan menjadi ruang penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi baharu. Inilah bentuk pemindahan ilmu dua hala yang ingin kita perkukuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah, berkata kerjasama antara kedua-dua institusi penting dalam menggabungkan kepakaran akademik UMT dengan pengalaman dan keupayaan operasi Maritim Malaysia bagi menghasilkan penyelesaian yang lebih berorientasikan keperluan sebenar di laut.
“Dalam persekitaran maritim yang semakin kompleks, kekuatan penguatkuasaan tidak boleh hanya bergantung kepada aset dan anggota. Kita memerlukan ilmu, teknologi, penyelidikan, inovasi dan kepakaran sebagai pengganda kekuatan operasi.
“Kerjasama dengan UMT membuka ruang untuk kita menghubungkan pengalaman dan cabaran sebenar di laut dengan kepakaran akademik dan penyelidikan, sekali gus membangunkan pendekatan serta penyelesaian yang lebih bersasar untuk memperkukuh keupayaan maritim negara,” katanya.
Menurut beliau, hubungan strategik antara agensi penguatkuasaan dan institusi akademik turut penting dalam membangunkan modal insan yang memahami keperluan keselamatan serta pengurusan ruang maritim secara menyeluruh.
Kerjasama UMT dan Maritim Malaysia sebelum ini turut diterjemahkan melalui pelbagai program di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong, dengan sokongan kawalan keselamatan dan aset daripada Maritim Negeri Terengganu.
Dari aspek pembangunan profesional, tujuh pegawai Maritim Malaysia berjaya menamatkan pengajian dalam Program Sarjana Pengurusan, Pengurusan Pantai Zon Bersepadu di UMT, manakala tujuh anggota agensi memperoleh lesen menyelam skuba melalui universiti berkenaan.
Dalam pembangunan bakat generasi muda, Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) yang diwujudkan pada 22 Oktober 2022 terus menjadi platform untuk mendedahkan mahasiswa kepada aspek penguatkuasaan, keselamatan dan pembangunan maritim, di samping membentuk disiplin, kepimpinan dan jati diri.
Sehingga kini, PASKAM UMT telah melalui lima ambilan, melibatkan 48 pelajar Ambilan Pertama, 46 pelajar Ambilan Kedua, 30 pelajar Ambilan Ketiga, 35 pelajar Ambilan Keempat dan 42 pelajar Ambilan Kelima.
Suriyani berkata, PASKAM bukan sekadar pasukan beruniform, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha UMT melahirkan
generasi yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan maritim negara.
“Kita mahu mahasiswa melihat laut bukan sekadar sebagai bidang pengajian, tetapi sebagai aset strategik negara. Mereka perlu memahami bahawa masa depan Malaysia turut bergantung kepada keupayaan kita melindungi, mengurus dan memanfaatkan ruang maritim secara bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata UMT bersedia memperluas kerjasama dengan Maritim Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, inovasi teknologi marin, latihan profesional, perkongsian kepakaran serta pembangunan kompetensi.
Kerjasama berterusan ini diyakini mampu memperkukuh ekosistem maritim negara melalui sinergi ilmu, operasi dan pembangunan bakat sekali gus melahirkan generasi maritim masa hadapan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya tahan. – UTUSAN
The post UMT-MARITIM Malaysia perkukuh sinergi ilmu inovasi dan bakat maritim negara appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.