Malaysian Attention Engine
Live wire
54PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan50Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching45General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems45Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander43IMF says AI investment keeps global growth around 3%37Business : IOIPG Malaysia REIT Signs Underwriting Agreement For Main Market IPO37Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan37General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad36Ibu tunggal didakwa benarkan anak dianiayai secara seksual36Business : Global Economy To Decelerate To 3.1 Pct In 2026 Before Recovering To 3.4 Pct In 2027 - IMF35Melayu kahwin dengan warga asing Islam boleh daftar anak sebagai Melayu, kata Saifuddin35Anak sebak diundang wakili Allahyarham Jalil Hamid tercalon di ASA 2026
NewConfirmedupdated 1 h ago

Gaji atasi inflasi, rakyat belum tentu rasa lebih kaya

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 12:23 MYTLatest activity 13 Oct, 12:52BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji yang mengatasi inflasi mungkin menunjukkan kuasa beli bertambah, namun belum tentu mencukupi untuk membuatkan rakyat berasa lebih kaya atau sejahtera. (Berita Harian, 12:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Gaji atasi inflasi, rakyat belum tentu rasa lebih kaya

By Kamarulzaidi Kamis · 13 Oct, 12:23 MYT

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji yang mengatasi inflasi mungkin menunjukkan kuasa beli bertambah, namun belum tentu mencukupi untuk membuatkan rakyat berasa lebih kaya atau sejahtera.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, berkata beberapa faktor psikologi dan struktur ekonomi menyebabkan pertumbuhan gaji sebenar tidak sentiasa diterjemahkan kepada persepsi kehidupan yang lebih baik.

Beliau mengemukakan pandangan itu menerusi catatan di platform X sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, mengenai hubungan antara pendapatan dengan kos sara hidup.

Ketika sesi dialog pada Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Global Forbes di Singapura, 8 Oktober lalu, Wong berkata kos dan pendapatan adalah dua sisi daripada mata wang yang sama.

"Kita tidak boleh meminta pendapatan tinggi dan harga rendah kerana perkhidmatan yang anda gunakan, apa yang anda bayar, menjadi gaji kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan itu," katanya.

Menurut transkrip Pejabat Perdana Menteri Singapura, Wong berkata ukuran paling penting ialah pendapatan sebenar selepas mengambil kira inflasi.

Kerajaan republik itu, katanya, memantau pertumbuhan pendapatan sebenar merentas semua lapisan masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah, selain berusaha mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.

Singapura juga tidak memilih untuk menetapkan harga secara buatan kerana tindakan itu boleh membawa kesan tidak diingini. Sebaliknya, bantuan tunai dan rebat utiliti disalurkan secara bersasar kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Sanghi bersetuju pertumbuhan gaji sebenar perlu dijadikan ukuran penting, tetapi berkata masyarakat lazimnya menilai kenaikan gaji dan harga daripada sudut berbeza.

Pekerja mungkin menganggap kenaikan gaji sebagai hasil usaha, kemahiran atau prestasi sendiri, manakala peningkatan harga sering dikaitkan dengan kegagalan kerajaan atau tindakan syarikat.

Perbezaan berkenaan menyebabkan pengguna lebih kuat merasai kesan kenaikan harga berbanding manfaat pertambahan pendapatan.

Pandangan itu selari dengan kajian ahli ekonomi Universiti Harvard, Stefanie Stantcheva, bertajuk Why Do We Dislike Inflation?

Kajian berkenaan mendapati kebencian masyarakat terhadap inflasi banyak berpunca daripada tanggapan bahawa kenaikan harga menghakis kuasa beli kerana pertumbuhan gaji mereka dilihat gagal mengimbanginya.

Inflasi juga boleh mencetuskan tekanan emosi dan rasa tidak adil, terutama apabila masyarakat beranggapan pendapatan golongan berpendapatan tinggi meningkat dengan lebih pantas.

Pada masa sama, pengguna lebih peka terhadap perubahan harga barangan yang kerap dibeli, termasuk makanan, minuman dan bahan api.

Walaupun harga sesetengah barangan atau perkhidmatan mungkin menurun, kenaikan berulang bagi keperluan harian boleh menyebabkan isi rumah terus merasakan kos sara hidup semakin tinggi.

Artikel Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai jangkaan inflasi isi rumah turut menjelaskan bahawa pengalaman pengguna terhadap perubahan harga, khususnya ketika membeli barangan dapur, mempengaruhi tanggapan mereka mengenai inflasi.

Sanghi berkata, pertumbuhan gaji sebenar juga mungkin gagal meningkatkan keyakinan ekonomi sekiranya jurang kekayaan terus melebar.

Pendapatan golongan kaya bukan hanya datang daripada gaji, malah daripada aset, pelaburan, perniagaan dan bentuk pemilikan lain yang nilainya boleh meningkat jauh lebih pantas daripada pendapatan pekerja biasa.

Dalam keadaan itu, seseorang pekerja mungkin menikmati sedikit peningkatan kuasa beli, tetapi masih merasakan kedudukannya semakin jauh ketinggalan berbanding golongan berada.

Keselamatan ekonomi juga memainkan peranan penting. Gaji yang meningkat lebih pantas daripada harga tidak banyak memberikan ketenangan jika pekerja berdepan risiko kehilangan pekerjaan, kekurangan simpanan atau kesukaran mendapatkan pekerjaan baharu.

Ketiadaan jaringan keselamatan sosial yang kukuh boleh menyebabkan isi rumah terus berhati-hati berbelanja walaupun pendapatan sebenar mereka bertambah.

Justeru, kesejahteraan ekonomi bukan sekadar bergantung pada jumlah pendapatan, tetapi turut merangkumi kestabilan pekerjaan, simpanan kecemasan dan akses kepada perlindungan sosial.

Sanghi turut menegaskan pertumbuhan gaji sebenar perlu cukup tinggi untuk meningkatkan pendapatan mutlak, khususnya bagi kumpulan pada bahagian bawah agihan pendapatan.

Dalam konteks Malaysia, pekerja berpendapatan rendah mungkin menikmati pertumbuhan gaji sebenar yang lebih pantas secara relatif, tetapi paras pendapatan mereka masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan dan aspirasi kehidupan.

Bagi golongan pertengahan, pertumbuhan pendapatan pula perlu mengambil kira peningkatan kos perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan keperluan keluarga.

Statistik Gaji dan Upah Malaysia 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan purata gaji bulanan warganegara meningkat 4.1 peratus kepada RM3,803, manakala median gaji bertambah 5.3 peratus kepada RM2,940.

Bagaimanapun, perbezaan pendapatan mengikut tahap kemahiran masih ketara apabila pekerja mahir menerima purata RM5,799 sebulan, berbanding RM2,714 bagi pekerja separa mahir dan RM2,184 bagi pekerja berkemahiran rendah.

Keadaan itu menunjukkan pertumbuhan gaji sebenar kekal penting, tetapi bukan satu-satunya ukuran kesejahteraan rakyat.

Selain memastikan gaji berkembang melebihi inflasi, dasar ekonomi perlu memberikan perhatian kepada harga barangan keperluan, produktiviti, ketidaksamaan kekayaan, keselamatan pekerjaan dan perlindungan sosial.

Tanpa kemajuan dalam aspek berkenaan, angka ekonomi mungkin menunjukkan kuasa beli meningkat, tetapi pengalaman harian isi rumah boleh mencerminkan keadaan yang berbeza.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow13:00
Latest 13:00 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 12:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Gaji atasi inflasi, rakyat belum tentu berasa lebih kaya
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.