Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok59King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period511 injured in shooting involving police near Johor Zoo462 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00044Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan4114 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki38RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202738General : Selangor Postpones National Sports Day Celebrations Due To Haze36Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri35Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi34Masanya gandingan pemain kidal negara, Arif-Faiq uji kemampuan34Forum EcoWorld Connects medan usahawan kongsi idea, pengalaman
NewUnconfirmedupdated 8 h ago

Gandingan mantap sampaikan wadah kemanusiaan melalui muzik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 06:10 MYTLatest activity 9 Oct, 06:10BMconfidence 60%

What happened

Gandingan mantap sampaikan wadah kemanusiaan melalui muzik (Harian Metro, 06:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Gandingan mantap sampaikan wadah kemanusiaan melalui muzik

By Puteri Alia Zanaruddin · 9 Oct, 06:10 MYT

puterialia@hmetro.com.my

Pertemuan tiga figura hebat industri muzik tanah air menerusi naskhah berjudul Yang Tinggal dihasilkan menerusi kerjasama strategik antara Icon Records (M) Sdn Bhd dan Sony Music Entertainment Malaysia.

Karya single ini merungkai mesej kemanusiaan mendalam serta fasa baharu perjalanan seni penyanyi, komposer dan penerbit terkenal, Yasin Sulaiman.

Bukan sekadar kolaborasi komersial biasa, sebaliknya sebuah karya agung ciptaan Malique bersama Tripdisz yang membawa tema kemanusiaan yang sangat kuat.

Lagu ini sarat dengan penceritaan mengenai erti kehilangan, pengorbanan, harapan serta nilai kemanusiaan sejagat.

Ia mengajak pendengar merenung apa yang masih kekal apabila berdepan dengan ujian besar seperti peperangan, musibah dan perpisahan.

Lebih istimewa, karya ini diperkaya dengan sentuhan lapisan suara koir daripada kumpulan Voices of Bilad al-Sham membabitkan pertubuhan Cinta Salam Malaysia, sekali gus memberi impak jiwa yang mendalam kepada pendengar.

Projek kolaborasi gabungan Zizi Kirana dan Yasin tercetus daripada ilham komposer tersohor, Malique, sejak September tahun lalu.

Menurut Tripdisz, idea berkenaan bermula apabila Malique memberikan demo lagu lengkap bersama bahagian korus sebelum mereka mula membincangkan konsep serta senarai artis jemputan yang layak untuk disatukan dalam projek lagu berkenaan.

"Beberapa nama dilontarkan dan salah seorang daripadanya ialah Yasin. Ketika itu, kami tidak pasti sama ada boleh mendapatkan Yasin atau tidak, kami hanya mencuba nasib," kata Tripdisz ketika mengimbas kembali proses pemilihan artis terbabit.

Tambah Tripdisz, selepas persetujuan dicapai, Malique mengambil langkah dengan menghubungi penyanyi, Zizi Kirana secara peribadi ketika dia sedang berada di atas kapal dalam perjalanan misi ke Gaza.

Dalam pada itu, keunikan projek ini turut terletak pada penyatuan tiga karakter vokal berbeza iaitu Malique sebagai tunjang kreatif, Zizi Kirana dengan kekuatan emosi tersendiri, serta kembalinya kemunculan Yasin Sulaiman dalam industri seni.

Bahagian vokal Yasin merakamkan satu sejarah peribadi yang amat menyentuh hati apabila ia dirakamkan ketika dia masih berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Ruang dan situasi yang serba mencabar itu akhirnya melahirkan sebuah rakaman bermakna yang memberikan dimensi luar biasa kepada lagu terbabit.

Kehadiran Yasin turut menjadi titik tumpuan mengenai hala tuju kerjayanya di bawah naungan Icon Records.

Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura, Vietnam & Projek Khas Asia Tenggara, Kenny Ong, meluahkan keterujaan apabila dapat bekerjasama dengan barisan artis berstatus legenda yang mempunyai pengikut serta landskap tersendiri di Malaysia.

"Lagu ini mempunyai lirik yang sangat mendalam dan bermakna. Ia cukup sempurna untuk masanya yang tepat dengan apa yang sedang berlaku di dunia hari ini, selain memberi peluang kepada kami bekerjasama dengan tiga artis legenda tanah air," katanya.

Di sebalik penghasilan lagu berunsurkan kemanusiaan berjudul Yang Tinggal, terselit seribu satu kisah emosi serta mesej perit yang meruntun jiwa, khususnya mengenai tragedi berdarah di Gaza.

Tridisz berkata, karya berkenaan dihasilkan ketika mereka menyelami suasana hiba susulan paparan berita sedih di televisyen.

"Lagu ini kita buat dalam suasana tengok berita yang amat sedih. Jadi apa yang kita cuba sampaikan ialah kalau kita tidak dapat tolong, sekurang-kurangnya kita dapat sampaikan kesedaran. Lagu ini memang mesejnya untuk keamanan," katanya.

Menurut Zizi, maksud 'Yang Tinggal' merujuk secara langsung kepada anak-anak kecil di Gaza yang terus berdepan ujian berat setiap hari di tengah lambakan nyawa terkorban.

Tambahnya, hancur hatinya setiap kali memikirkan nasib kanak-kanak di wilayah bergolak itu, sehingga dia nyaris gagal menahan sebak ketika proses rakaman vokal berlangsung.

"Masa saya tengah rekod lagu di atas kapal, bahagian yang saya memang tak boleh nak sampaikan betul-betul adalah lirik 'ditarik keluar jiran tahan rasa duka, jasadnya bernyawa tapi dah berubah rupa'. Masa itu saya bayangkan apa yang dah jadi sekarang dekat Gaza, jadi maksud 'yang tinggal' ini memang sangat mendalam untuk saya," kongsi Zizi.

Sementara itu, Yasin berpandangan karya itu membawa erti sebuah persoalan besar buat seluruh umat manusia selepas berlakunya kemusnahan dahsyat dan kehilangan nyawa yang tidak terkira.

"Yang tinggal ini sebenarnya soalan. Setelah segala kemusnahan, kehilangan nyawa, kehilangan segala-galanya, yang tinggal itu adalah soalan.

"Apa yang tinggal? Setelah semua orang pun dah tiada, hilang ibu bapa, anak, kehidupan dan tempat tinggal, habis, hilang semua benda.

"Jadi, yang tinggal tu adalah soalan, bahawa sebenarnya tak ada apa-apa yang tinggal," tegasnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 20NEWnow08:0011:0014:00
Latest 14:31 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 06:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.