Malaysian Attention Engine
Live wire
65RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202755Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi48Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri4529 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen44General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry44King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period432 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00042Zara’s mum chokes up as voice recording plays during inquest41Trump says he will not attack before US elections in November41General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewConfirmedupdated 1 h ago

Masanya gandingan pemain kidal negara, Arif-Faiq uji kemampuan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 13:35 MYTLatest activity 9 Oct, 14:03BMconfidence 80%

What happened

Masanya gandingan pemain kidal negara, Arif-Faiq uji kemampuan (Harian Metro, 13:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Masanya gandingan pemain kidal negara, Arif-Faiq uji kemampuan

By Sukhairi Thani · 9 Oct, 13:35 MYT

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi menganggap gandingan baharunya bersama pemain muda, Muhammad Faiq Haziq Masawi sebagai peluang untuk meningkatkan prestasi individu selain memikul tanggungjawab membantu rakan sepasukannya menyesuaikan diri di pentas antarabangsa.

Arif berkata, gandingan itu akan diuji dalam tiga kejohanan, bermula di Malaysia Super 100 di Iskandar Puteri, Johor dari 13 hingga 18 Oktober ini sebelum diteruskan di Indonesia dan Taiwan, bagi menilai keserasian serta kemampuan mereka bersaing bersama.

Katanya, perubahan itu turut menuntutnya menyesuaikan semula corak permainan, terutama dalam memahami kelebihan dan gaya permainan Faiq yang juga pemain kidal.

"Buat masa ini, kami akan cuba dahulu. Saya juga mahu memperbaiki aspek permainan individu, selain melihat perkara yang boleh kami tingkatkan sebagai pasangan.

"Ini juga satu tanggungjawab yang diberikan jurulatih kepada saya. Saya harap Faiq dapat memberikan yang terbaik dan tidak gentar apabila beraksi di gelanggang," katanya kepada media selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Arif menjelaskan, pemilihan Faiq sebagai pasangan baharunya dibuat menerusi perbincangan bersama barisan kejurulatihan, termasuk Rexy Mainaky dan Herry Iman Pierngadi, sebelum keputusan dibuat untuk menguji gandingan berkenaan.

Menurutnya, prestasi dan keputusan yang dicatatkan dalam kejohanan akan menjadi ukuran sama ada gandingan itu wajar diteruskan atau sebaliknya.

Mengulas perbezaan berbanding gandingan terdahulunya bersama Yap Roy King, Arif mengakui tugasnya kini lebih mencabar kerana perlu membantu pemain muda memahami permainan beregu di samping mengawal emosi dan menyesuaikan taktikal ketika beraksi.

"Bukan mudah untuk mengendalikan situasi ini kerana saya perlu mengawal emosi sendiri, memahami permainan dia dan membantu mengarahkannya di dalam gelanggang.

"Sebelum ini, saya bersama Roy King mempunyai corak permainan berbeza. Dengan Faiq, kami kedua-duanya pemain kidal, jadi saya perlu menyesuaikan semula permainan," katanya.

Bagaimanapun, Arif melihat kombinasi dua pemain kidal itu berpotensi memberikan kelebihan, khususnya dalam mengelirukan lawan yang lazimnya berdepan gandingan dengan kombinasi pemain kidal dan tangan kanan.

"Bagi saya, itu mungkin satu kelebihan kerana lawan biasanya berdepan pasangan yang menggunakan tangan kanan atau gabungan kidal dan tangan kanan. Jadi, apabila kami kedua-duanya kidal, mungkin ia boleh mengelirukan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Arif mengakui keserasian bersama Faiq masih belum mantap, apatah lagi dia baru kembali menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan bahu.

Katanya, dia baru sekitar dua minggu kembali menjalani latihan di gelanggang dan masih memerlukan masa untuk mendapatkan semula tahap kecergasan serta menyesuaikan diri dengan gandingan baharunya.

"Saya belum pulih sepenuhnya dan keserasian itu masih belum konsisten ketika latihan. Saya harap dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan kita lihat bagaimana prestasi kami dalam kejohanan nanti," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:00
Latest 14:16 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 13:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Tunggu penangan beregu kidal
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.