
Gangguan elektrik hentikan operasi di LRA Sungai Dua, 130,790 pengguna terjejas - PBAPP
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba dan berskala besar menyebabkan operasi pengepaman, rawatan dan sistem dos kimia di LRA Sungai Dua terhenti pada 11.17 malam semalam. (Astro Awani (BM), 20:53)
Read the reporting
1 report
Gangguan elektrik hentikan operasi di LRA Sungai Dua, 130,790 pengguna terjejas - PBAPP
BUTTERWORTH: Gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini terhenti semalam yang menjejaskan bekalan air kepada 130,790 pengguna di Seberang Perai dan bahagian pulau negeri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan, berkata bekalan air kepada 125,290 pengguna atau 96 peratus daripada jumlah yang terjejas telah dipulihkan setakat 4.30 petang tadi.
Beliau berkata, ketika ini, petugas PBAPP sedang berusaha secepat mungkin untuk memulihkan bekalan air kepada baki 5,500 pengguna yang masih terjejas menjelang tengah malam ini.
"Gangguan bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara tiba-tiba dan berskala besar menyebabkan operasi pengepaman, rawatan dan sistem dos kimia di LRA Sungai Dua terhenti pada 11.17 malam semalam.
"Penjana kuasa elektrik sokongan di loji itu tidak dapat diaktifkan dalam tempoh mencukupi untuk mengelakkan operasi terhenti dan susulan kejadian itu, PBAPP segera mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi memulihkan bekalan air kepada pengguna yang terjejas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pathmanathan berkata, proses pemulihan bekalan air berbeza daripada pemulihan bekalan elektrik kerana unit rawatan dan pam perlu dihidupkan semula mengikut urutan tertentu selain sistem dos bahan kimia perlu diaktifkan semula, udara yang terperangkap dalam saluran paip perlu dikeluarkan, manakala tekanan air juga perlu ditingkatkan secara berperingkat sebelum bekalan kembali normal.
Beliau berkata, kejadian itu adalah gangguan bekalan elektrik kali keempat yang menjejaskan operasi LRA Sungai Dua dan PBAPP sedang meneliti pilihan bekalan kuasa sokongan bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan termasuk mempertimbangkan sistem penyimpanan tenaga bateri bagi mengekalkan operasi loji kritikal ketika gangguan elektrik jangka pendek.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)20:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.