Malaysian Attention Engine
Live wire
57Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara54General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times54Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar51Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202744Peningkatan SARA beri kelegaan kepada B40 dan M4044Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 20274013 kanak-kanak tadika jadi tebusan, polis tembak penyerang40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi39Budget 2027: All Malaysians to be automatically registered with EPF at 1838World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Gaza kekurangan khemah menjelang musim sejuk

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 15:21 MYTLatest activity 10 Oct, 15:21BMconfidence 60%

What happened

GAZA: Hampir keseluruhan penduduk Gaza memerlukan khemah atau bantuan tempat perlindungan menjelang musim sejuk, ketika fenomena cuaca El Niño dijangka membawa hujan lebih lebat, sedangkan bekalan bantuan masih terhad akibat sekatan Israel. (Utusan Malaysia, 15:21)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Gaza kekurangan khemah menjelang musim sejuk

By .WARTAWAN LUAR NEGARA · 10 Oct, 15:21 MYT

GAZA: Hampir keseluruhan penduduk Gaza memerlukan khemah atau bantuan tempat perlindungan menjelang musim sejuk, ketika fenomena cuaca El Niño dijangka membawa hujan lebih lebat, sedangkan bekalan bantuan masih terhad akibat sekatan Israel.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Jumaat memberi amaran fenomena El Niño yang berpotensi menjadi paling kuat pernah direkodkan itu boleh memburukkan keadaan bangunan yang tidak selamat serta mencetuskan banjir berikutan kerosakan teruk sistem saliran di wilayah berkenaan.

Ketua Pengarah IOM, Amy Pope, berkata hampir dua juta penduduk Gaza yang terjejas akibat perang Israel-Hamas sejak Oktober 2023 memerlukan bantuan, namun hanya kira-kira 17 peratus daripada keperluan bekalan tempat perlindungan musim sejuk berjaya dipenuhi oleh agensi kemanusiaan.

“Keluarga yang sudah berdepan perpindahan berulang kali dan kehilangan besar mesti dapat menghadapi musim sejuk dalam keadaan selamat dan bermaruah,” katanya.

Beliau berkata, sekatan yang dikenakan pihak berkuasa Israel menyukarkan agensi bantuan meningkatkan operasi bagi memenuhi keperluan penduduk.

Menurut IOM, kira-kira 8,600 kit perlindungan kecemasan yang mengandungi kayu, kanvas kalis air dan bahan asas lain tidak dibenarkan memasuki Gaza kerana dikategorikan oleh pihak berkuasa Israel sebagai barangan yang boleh digunakan untuk tujuan awam dan ketenteraan.

COGAT, badan ketenteraan Israel yang menyelia kemasukan bantuan ke Gaza, tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan komen Reuters.

Israel sebelum ini mempertahankan sekatan terhadap Gaza atas alasan keselamatan.

IOM berkata, pihaknya berjaya membawa masuk sejumlah kanvas kalis air dan khemah ke Gaza, namun bekalan itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk pada skala semasa.

Lebih separuh daripada khemah dan tempat perlindungan sementara di wilayah itu perlu diganti kerana berada dalam keadaan daif, menurut IOM yang memberi amaran pilihan tempat perlindungan alternatif amat terhad berikutan risiko keselamatan akibat kerosakan bangunan dalam perang.

Menurut IOM, lebih 3,600 struktur dikenal pasti pada Ogos lalu sebagai berbahaya dan berisiko runtuh, manakala kira-kira 1.8 juta penduduk tinggal di kawasan penempatan sementara, kebanyakannya di lokasi yang berisiko dilanda banjir.- AGENSI

The post Gaza kekurangan khemah menjelang musim sejuk appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:00
Latest 17:15 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 15:21 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Gaza kekurangan khemah menjelang musim sejuk
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Gaza kekurangan khemah menjelang musim sejuk · Malaysian Attention Engine