
Gegar Joran Melaka 2026 pacu pelancongan Tasik Ayer Keroh
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA -Penganjuran Gegar Joran Melaka 2026 di Tasik Ayer Keroh pada 18 Oktober ini dijangka merancakkan sektor pelancongan rekreasi negeri Melaka, khususnya menerusi aktiviti memancing yang mempunyai kelompok peminat tersendiri. (Kosmo!, 20:00)
Read the reporting
1 report
Gegar Joran Melaka 2026 pacu pelancongan Tasik Ayer Keroh
PETALING JAYA -Penganjuran Gegar Joran Melaka 2026 di Tasik Ayer Keroh pada 18 Oktober ini dijangka merancakkan sektor pelancongan rekreasi negeri Melaka, khususnya menerusi aktiviti memancing yang mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Sapiah Haron berkata, program yang memasuki tahun kedua itu bukan sekadar menyediakan ruang riadah kepada komuniti kaki pancing, malah menjadi platform memperkenalkan Tasik Ayer Keroh sebagai destinasi rekreasi kepada pengunjung dari dalam dan luar Melaka.
Menurutnya, kesinambungan program itu mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam menghidupkan kawasan Tasik Ayer Keroh menerusi penganjuran aktiviti yang mampu menghimpunkan masyarakat, selain memberi limpahan ekonomi kepada peniaga serta pengusaha pelancongan di kawasan sekitar.
“Melaka mempunyai banyak tarikan pelancongan dan kita mahu Tasik Ayer Keroh turut dikenali sebagai destinasi pilihan kaki pancing.
“Program seperti ini diharap dapat menjadi satu lagi produk pelancongan rekreasi yang mempunyai tarikan tersendiri,” katanya.
Beliau berkata, penganjuran Gegar Joran Melaka 2026 juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan selari dengan usaha mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
Sehubungan itu, Sapiah menyeru peminat sukan memancing supaya tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan berkenaan yang bakal berlangsung pada Ahad, 18 Oktober ini.
Katanya, keunikan Tasik Ayer Keroh bukan sahaja terletak pada suasananya yang tenang serta dikelilingi kehijauan, malah perairannya turut dihuni pelbagai spesies ikan yang mampu memberikan cabaran kepada peserta.
Antara spesies yang terdapat di tasik berkenaan ialah patin, keli, toman, haruan, ikan raja dan tilapia dalam pelbagai saiz, sekali gus menjadikannya sesuai untuk aktiviti memancing secara santai mahupun pertandingan.
Kepelbagaian spesies berkenaan dijangka memberikan pengalaman menarik kepada peserta memandangkan setiap jenis ikan mempunyai karakter serta cabaran berbeza ketika dipancing, sekali gus menguji kemahiran dan teknik masing-masing.
Program anjuran bersama MPHTJ dan Nadi Media Events itu akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari dengan yuran penyertaan RM40 bagi satu joran yang dibenarkan menggunakan dua mata kail.
Selain cabutan bertuah, penganjur turut menyediakan hadiah lumayan dengan juara bakal membawa pulang RM4,000, diikuti naib juara RM1,000 dan tempat ketiga RM500.
Pemenang tempat keempat hingga ke-80 pula masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM70.
Penganjuran pertandingan itu juga, dijangka memeriahkan kawasan sekitar Ayer Keroh apabila peserta hadir bersama keluarga dan rakan-rakan, sekali gus berpotensi meningkatkan kunjungan ke premis makanan, penginapan serta lokasi pelancongan berhampiran.
Sapiah berharap, Gegar Joran Melaka dapat terus dikembangkan sebagai acara tahunan yang sinonim dengan Tasik Ayer Keroh, seterusnya meletakkan kawasan itu sebagai antara destinasi pilihan komuniti pemancing.
Katanya, usaha berkenaan juga mampu menyumbang kepada aspirasi menjadikan Melaka sebuah negeri pelancongan yang menawarkan pengalaman lebih pelbagai kepada pengunjung.
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur menerusi talian 013-266 7011, 012-355 4946, 012-284 6811 atau 012-370 1717.
The post Gegar Joran Melaka 2026 pacu pelancongan Tasik Ayer Keroh appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!20:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.