Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan5227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti51Politics : N. Sembilan Crisis Will Not Derail BN's Melaka Polls Preparations - Tok Mat45Abbe Hae didakwa ditahan polis44General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance44World : Malaysia Advises Citizens To Postpone Non-Essential Travel To France Amid Demonstrations43[TERKINI] Demonstrasi Perancis: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting - Wisma Putra43Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang34Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal34NVIDIA Denies RTX 5090 Discontinuation Rumors, Admits Supply Is Tight
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Gel Brazil belum mampu tangani kebakaran Indonesia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 12:30 MYTLatest activity 18 Oct, 12:30BMconfidence 60%

What happened

JAKARTA: Selepas mencuba bahan pemadam api berasas tepung ubi kayu dan penggunaan ais kering, Indonesia kini mengambil inisiatif menguji gel dari Brazil untuk membendung kebakaran tanah gambut yang terus melanda negara itu. (Utusan Malaysia, 12:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Gel Brazil belum mampu tangani kebakaran Indonesia

By .WARTAWAN LUAR NEGARA · 18 Oct, 12:30 MYT

JAKARTA: Selepas mencuba bahan pemadam api berasas tepung ubi kayu dan penggunaan ais kering, Indonesia kini mengambil inisiatif menguji gel dari Brazil untuk membendung kebakaran tanah gambut yang terus melanda negara itu.

Bagaimanapun, keberkesanan gel dikenali sebagai Realiza Antichamas itu masih belum dapat dipastikan, terutama dalam memadamkan kebakaran di bawah permukaan tanah.

Pengeluarnya, Grupo Realiza, mendakwa produk yang membentuk bahan seperti gel selepas dicampurkan dengan air itu mampu meningkatkan keberkesanan sehingga 10 kali ganda dalam memadamkan kebakaran.

Namun, ujian setakat ini belum membuktikan keupayaan gel itu memadamkan kebakaran di bawah permukaan tanah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesesuaiannya untuk menangani kebakaran gambut yang sukar dikawal.

Dalam demonstrasi di pinggir Palembang pada 15 Oktober lalu, kawasan tanah yang dirawat menggunakan gel itu tidak terbakar apabila api menghampirinya, namun ujian itu gagal menentukan sama ada ia mampu mencapai dan memadamkan kebakaran di lapisan tanah lebih dalam.

Seorang pegawai kanan bomba di Sumatera Selatan berkata, tanpa muncung khas yang boleh dimasukkan ke dalam tanah, gel itu hanya meliputi lapisan permukaan, sedangkan kebakaran gambut boleh berterusan di bawah tanah apabila bekalan oksigen masih ada.

“Jika oksigen masih terperangkap di bawahnya, kebakaran akan terus berlaku. Gel itu hanya membendung kebakaran,” katanya kepada The Straits Times.

Ujian terdalam setakat ini melibatkan kebakaran pada kedalaman dua meter yang dirawat dengan menyuntuk gel menerusi paip berlubang sepanjang kira-kira 1.5 meter.

Penggunaan gel itu turut berdepan masalah teknikal apabila campuran berkenaan menjadi pekat sehingga tangki, hos dan muncung perlu dibilas dengan air bersih selepas setiap operasi bagi mengelakkan penyumbatan.

Pegawai kanan bomba itu berkata, campuran berkenaan juga didapati tidak lagi boleh digunakan selepas 24 jam, berbanding tempoh 48 jam seperti didakwa pembekal.

Indonesia berdepan musim kebakaran serius apabila kawasan seluas 202,004 hektar terbakar dari Januari hingga Julai, meningkat 69 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Asap tebal mengurangkan jarak penglihatan dan menyukarkan operasi pengeboman air menggunakan helikopter, selain menyebabkan jerebu merebak ke negara jiran Singapura, Malaysia, Filipina dan Timur-Leste.

The post Gel Brazil belum mampu tangani kebakaran Indonesia appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 12:44 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 12:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    12:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.