Malaysian Attention Engine
Live wire
50Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar46Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM45Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran36Business : CelcomDigi, Maxis Accept MCMC Spectrum Awards36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35General : 44 Leatherback Turtle Eggs Laid In Marang Found Unfertilised - DOF35Time for PAS to take over opposition leader role, says Puad35PH reps slam Negeri Sembilan govt over postponed legislature sitting35Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri35General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents34Pegawai kerajaan maut ditikam suami34China says can ‘easily win’ confrontation with Philippines
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kak Ani mantapkan latihan vokal demi Gema Bumantara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 10:27 MYTLatest activity 16 Oct, 10:27BMconfidence 60%

What happened

Persiapan mental dan fizikal jadi keutamaan, susunan muzik baharu beri cabaran (Berita Harian, 10:27)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kak Ani mantapkan latihan vokal demi Gema Bumantara

16 Oct, 10:27 MYT

Persiapan mental dan fizikal jadi keutamaan, susunan muzik baharu beri cabaran

Oleh Affan Rostam

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang terkenal dengan jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, memperhebat persiapan vokal menjelang penampilannya sebagai penyanyi undangan dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Langkah itu diambil bagi memastikan beliau dapat memberikan persembahan terbaik, khususnya menerusi lagu Hati Kama yang bakal dipersembahkan dengan susunan muzik baharu pada konsert berskala mega anjuran biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Noraniza atau mesra disapa Kak Ani berkata, beliau masih meneruskan latihan vokal bersama guru vokalnya, Azizul Haqim, bagi menyesuaikan diri dengan susunan muzik berkenaan, selain memastikan persediaan mental dan fizikal berada pada tahap terbaik.

Menerusi hantaran di Threads, Noraniza berkata, latihan berulang menjadi antara rutin penting sebelum melangkah ke pentas bagi memastikan setiap persembahan dapat disampaikan dengan sebaik mungkin.

"Hari ini saya masih sertai latihan vokal dengan guru vokal saya, cikgu Azizul Haqim untuk membiasakan 'mood' susunan muzik baharu lagu Hati Kama terutamanya.

"Saya sejenis yang memang akan berkali-kali buat latihan sebelum jejakkan kaki di pentas Gema Bumantara. Saya kena pastikan sudah bersedia sepenuhnya, mental fizikal," katanya.

Noraniza turut berjanji memberikan persembahan terbaik bagi menghargai sokongan peminat yang sanggup datang dari segenap pelosok negara untuk menyaksikan konsert berkenaan.

"Insya-Allah kita beri sehabis baik. Kepada yang datang dari jauh di mana berada, hati-hati memandu, selamat perjalanan masing-masing. Kita meriahkan konsert tradisional terbesar Siti Nurhaliza," katanya.

Sebelum ini, Siti menerusi temu bual bersama media menyifatkan penglibatan Noraniza sebagai penyanyi undangan penting bagi melengkapkan persembahan yang memberi penekanan kepada muzik tradisional Melayu.

Siti berkata, pemilihan Noraniza turut didorong keinginannya memenuhi harapan peminat yang sekian lama menantikan kemunculan semula mereka bersama menerusi lagu popular, Hati Kama.

Lagu itu dimuatkan dalam album Seri Balas yang diterbitkan pada 1999, hasil kolaborasi Siti dan Noraniza di bawah label Suria Records.

Selain Hati Kama, album berkenaan turut menampilkan beberapa lagu berirama tradisional lain, antaranya Ketawa Lagi, Lenggang-Lenggok dan Dondang Dendang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:00
Latest 11:18 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 10:27 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.