Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia50'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil47Najib pending homecoming cut short; court rejects bid to stay 1MDB prison sentence44General : Johor JPJ To Meet P-hailing Operators Over Repeat Rider Offences44Pendatang Pakistan paling ramai ditahan JPJ, tiada lesen dan cukai jalan44Pemandu teksi antara penyokong paling setia ketika Reformasi 1998 - PM Anwar43General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina40NAK JADI KETUA MENTERI MELAKA WANITA PERTAMA!40'Dulu semasa pembangkang, kita 'terpaling' suruh kerajaan jadi adil'39World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda37RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202736Man gets over 8 years’ prison for forcing 3-year-old to eat faeces
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Gempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 14:07 MYTLatest activity 14 Oct, 14:07BMconfidence 60%

What happened

SEPANG - Sebuah pesawat komersial yang membawa ratusan penumpang 'terhempas' dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.Sepasukan anggota penyelamat daripada 24 agensi kerajaan kemudian dikejarkan ke lokasi antaranya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Lebih dramatik, insiden kira-kira jam 10.30 pagi di Landasan 2 itu menyaksikan kebakaran yang meletus selain penumpang pesawat yang (Sinar Harian, 14:07)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Gempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas'

By MUHAMMAD AFHAM RAMLI · 14 Oct, 14:07 MYT

SEPANG - Sebuah pesawat komersial yang membawa ratusan penumpang 'terhempas' dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.Sepasukan anggota penyelamat daripada 24 agensi kerajaan kemudian dikejarkan ke lokasi antaranya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Lebih dramatik, insiden kira-kira jam 10.30 pagi di Landasan 2 itu menyaksikan kebakaran yang meletus selain penumpang pesawat yang cedera.Mangsa kemudian ditempatkan di satu kawasan untuk rawatan awal, manakala petugas penyelamat dan penyiasat meneruskan siasatan di lokasi kejadian.Namun ia sebenarnya ialah simulasi Ex Perisai Panthera 2026 sebagai pemerhati, menyaksikan kesiapsiagaan dan penyelarasan tindak balas kecemasan di KLIA.Penglibatan pelbagai agensi ini menguji keupayaan semua pihak untuk bertindak sebagai satu pasukan dalam menguruskan situasi kecemasan kompleks di aerodrom.Simulasi itu turut menyaksikan kehadiran pertama kalilima organisasi lapangan terbang antarabangsa menyertai iaitu Maldives Airports Co, Oman Airports, Tibah Airports Operation Co, Jeddah Airports serta Changi Airport Group.Pengurus Besar Kanan Pengalaman Penumpang & Operasi KLIA, Abd Hasman Abd Muhimim berkata, keselamatan penumpang, warga kerja dan seluruh komuniti lapangan terbang sentiasa menjadi teras utama KLIA."Menerusi Ex Perisai Panthera 2026, kami bukan sahaja memenuhi piawaian kawal selia, malah terus memperkukuh kesiapsiagaan, ketangkasan komunikasi dan kecekapan koordinasi bersama agensi tindak balas kecemasan negara."Usaha ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan KLIA kekal sebagai hab penerbangan yang selamat, cekap dan berdaya tahan serta bersedia menghadapi sebarang cabaran," katanya.Beliau berkata, senario latihan melibatkan sebuah pesawat komersial dengan 209 penumpang dan anak kapal yang mengalami kerosakan enjin akibat rempuhan burung sebelum terbabas di landasan ketika mendarat.Katanya, berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom KUL (KUL AEP), senario ini menguji tindak balas menyelamat, pengurusan mangsa, pemindahan perubatan udara serta komunikasi dan koordinasi antara agensi."Antara keupayaan utama yang diuji ialah pengaktifan pusat kawalan dan tindak balas utama, Terminal Emergency Centre (TEC), Family and Friends Reception Centre (FFRC) dan Family and Friends Holding Area (FFHA) dalam tempoh sasaran 30 minit."Latihan turut menguji keberkesanan sistem komunikasi kecemasan automatik (AECR), operasi MEDEVAC menggunakan helikopter Bahagian Udara JBPM serta penyediaan sokongan psikologi awal oleh KKM dan Pertubuhan Kebajikan Tzu Chi," ujarnya.Tambahnya, simulasi sebegini perlu diadakan setiap dua tahun."Kita lihat semua objektif kita sasarkan ini berjaya, namun berlaku permasalahan kecil dan ia satu cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan kesiapsiagaan di masa akan datang," ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, latihan ini patut diadakan bagi menguji kecekapan dan keberkesanan serta kepantasan pasukan keselamatan bertindak sekiranya berlaku insiden sedemikian.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow15:00
Latest 15:28 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
14 Oct, 14:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    14:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.