
Gol sulung suntik semangat Afiq
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUANTAN: Jaringan yang disumbang pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat penjaga gol Pahang Rangers FC, Afiq Abd Rahman untuk terus menambah koleksi gol pada baki dua perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) musim ini. (Berita Harian, 16:45)
Read the reporting
1 report
Gol sulung suntik semangat Afiq
KUANTAN: Jaringan yang disumbang pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat penjaga gol Pahang Rangers FC, Afiq Abd Rahman untuk terus menambah koleksi gol pada baki dua perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) musim ini.
Penjaga gol berusia 35 tahun itu meletakkan impian berada sebaris dengan rakan sepasukan sebagai penyumbang jaringan dan masa sama mengalas tugas mengawal gawang Tok Gajah.
Menurut pemain kelahiran Kuantan itu, jaringan pada pertemuan dengan JDT adalah gol pertamanya musim ini yang tidak pernah diduga mampu mencetuskan kejayaan untuk pasukan.
"Pada perlawanan itu saya tidak meletakkan impian untuk menyumbang jaringan, sebalik apa yang berlaku diluar jangkaan apabila peluang terhidang dapat disempurnakan dengan berkesan untuk pasukan yang amat memerlukan gol.
"Saya membuat percubaan kencang ke gawang lawan yang dikawal bekas rakan sepasukan sebelum ini, Zainulzahin Sinuan. Menerusi percubaan itu bola laju ke penjuru pintu gol JDT," katanya, dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, perlawanan separuh akhir kedua bertemu JDT Sabtu lalu dianggap begitu bermakna buat dirinya sepanjang lapan musim bersama Pahang Rangers, selain dapat menjaringkan gol pada masa sama membantu pasukan melangkah ke pentas final MPFL musim ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.