Malaysian Attention Engine
Live wire
54PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan50Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching45General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems45Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander43IMF says AI investment keeps global growth around 3%37Business : IOIPG Malaysia REIT Signs Underwriting Agreement For Main Market IPO37Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan37General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad36Ibu tunggal didakwa benarkan anak dianiayai secara seksual36Business : Global Economy To Decelerate To 3.1 Pct In 2026 Before Recovering To 3.4 Pct In 2027 - IMF35Melayu kahwin dengan warga asing Islam boleh daftar anak sebagai Melayu, kata Saifuddin35Anak sebak diundang wakili Allahyarham Jalil Hamid tercalon di ASA 2026
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Gombak Hulu Langat Geopark buru status UNESCO 2028

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 10:23 MYTLatest activity 13 Oct, 10:23BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

Gombak Hulu Langat Geopark buru status UNESCO 2028

By MOHD YUNUS YAKKUB · 13 Oct, 10:23 MYT

SHAH ALAM – Gombak Hulu Langat Geopark (GHLGp) menyasarkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark seawal 2028, sekali gus membuka peluang lebih besar untuk mengetengahkan keunikan alam semula jadi Selangor ke persada dunia.

Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat berkata, geopark itu akan menjalani penilaian semula status kebangsaan pada 25 hingga 30 Oktober ini selepas memperoleh pengiktirafan berkenaan pada 2022.

Menurutnya, pengekalan status itu penting sebagai langkah ke arah mendapatkan pengiktirafan UNESCO yang disasarkan antara 2028 hingga 2030.

“Insya-Allah, kita berharap dapat mencapai status UNESCO antara 2028 hingga 2030.

“Pada masa sama, melalui status ini memberikan satu semangat atau jalan jelas dalam melestarikan alam sekitar selain memberikan kemudahan kepada pelancong dalam melihat sendiri keunikan alam semulanjadi di Selangor,” katanya di sini.

Beliau berkata, pelbagai penambahbaikan infrastruktur turut dilaksanakan bagi menyokong proses penilaian itu, termasuk menaik taraf Galeri GHLGp di Batu Arang untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung.

“Usaha berkenaan juga bertujuan memperkasa komuniti setempat menerusi pembangunan lebih banyak produk dan tarikan pelancongan berasaskan keunikan kawasan geopark” jelasnya.

Dalam perkembangan berlainan, Ahmad Nazri berkata, glamping dikenal pasti sebagai antara produk pelancongan berpotensi besar untuk menarik lebih ramai pelancong domestik menerusi pengalaman berkhemah dengan kemudahan lebih selesa.

Antara kawasan tumpuan glamping di Selangor ialah Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali di Hulu Selangor, selain Gombak serta Hulu Langat yang menyaksikan pertumbuhan resort berkonsepkan alam semula jadi.

“Tourism Selangor sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengumpulkan data jumlah pengusaha dan premis glamping berlesen di negeri ini.

“Kita menyasarkan sumbangan produk glamping sekitar tiga hingga lima peratus setiap tahun bagi pelancong di Malaysia,” katanya.

Tahun lalu, Selangor merekodkan 8.45 juta pelancong, melepasi sasaran lapan juta, selain mencatatkan 36.4 juta pelawat domestik. – KOSMO! ONLINE

The post Gombak Hulu Langat Geopark buru status UNESCO 2028 appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.