
Gomez 'ulangi' gol sensasi Beckham
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LONDON: Bintang Brighton, Diego Gomez menampilkan aksi seakan-akan legenda bola sepak, David Beckham menerusi jaringan menakjubkan dari garisan tengah padang ketika menentang Crystal Palace. (Berita Harian, 16:03)
Read the reporting
1 report
Gomez 'ulangi' gol sensasi Beckham
LONDON: Bintang Brighton, Diego Gomez menampilkan aksi seakan-akan legenda bola sepak, David Beckham menerusi jaringan menakjubkan dari garisan tengah padang ketika menentang Crystal Palace.
Jaringan pada minit ketujuh itu yang dianggap antara calon gol terbaik musim ini membantu Brighton melonjak ke kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Crystal Palace 5-0.
Pemain antarabangsa Paraguay berusia 23 tahun itu mengawal bola di kawasan sendiri sebelum berpusing dan melepaskan rembatan dari garisan tengah padang untuk menewaskan penjaga gol Palace, Walter Benitez, menggunakan kaki kanan.
Brighton terlebih dahulu berada di depan pada minit keempat menerusi gol sendiri Jaydee Canvot dan selesa mendahului 3-0 pada minit ke-10 selepas Yasin Ayari turut mencatat nama sebagai penjaring sebelum Charalampos Kostoulas dan Jack Hinshelwood menambah dua lagi gol pada babak kedua.
Menariknya, Gomez pernah beraksi bersama kelab Inter Miami milik Beckham, dan jaringannya itu mengingatkan kepada rembatan jarak jauh bekas pemain Manchester United berkenaan ketika menentang Wimbledon pada 1996.
Jaringan Gomez itu turut mendapat perhatian media di Amerika Syarikat.
"Anda lihatlah sendiri! Diego Gomez dengan jaringan yang tidak akan dilupakan peminat Brighton," kata pengulas Sky Sports, Bill Leslie, dengan penuh kagum.
"Ia kelihatan mustahil dan sepatutnya memang mustahil. Namun, kini ia menjadi kenyataan yang cukup mengagumkan buat Brighton."
Jaringan itu adalah gol jarak paling jauh dalam EPL sejak jaringan yang dilakukan Wayne Rooney ketika Everton membelasah West Ham 4-0 pada November 2017 dengan dia turut meledak hatrik pada perlawanan itu.
Gomez kini menjadi pemain penting Brighton sejak membuat penampilan sulung bersama kelab itu pada Januari tahun lalu, selain menjaringkan 10 gol dalam semua pertandingan musim lalu.
Brighton kini semakin sinonim dengan jaringan sensasi apabila Lewis Dunk turut memenangi anugerah Gol Terbaik Bulanan menerusi jaringan menakjubkan ketika menentang Coventry pada September lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.