Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian44General : Sabah's RM18.7 Bln Budget 2027 Allocation Not Solely For Development - Masidi43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar34World : Egypt's Al-Sissi Says He Will Not Rule Beyond 203034KBS teliti pendekatan tuan rumah Aichi-Nagoya sedia kemudahan mesra OKU
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Guchil mahu keluar daripada ‘perangkap’ banjir

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 15:45 MYTLatest activity 18 Oct, 15:45BMconfidence 60%

What happened

KEDUDUKAN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, Kuala Krai, Kelantan yang berhampiran sistem Sungai Kelantan menjadikan isu banjir antara cabaran utama yang perlu ditangani secara berterusan, bukan sekadar ketika musim tengkujuh. (Utusan Malaysia, 15:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

Guchil mahu keluar daripada ‘perangkap’ banjir

By . YATIMIN ABDULLAH · 18 Oct, 15:45 MYT

KEDUDUKAN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, Kuala Krai, Kelantan yang berhampiran sistem Sungai Kelantan menjadikan isu banjir antara cabaran utama yang perlu ditangani secara berterusan, bukan sekadar ketika musim tengkujuh.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah, pendekatan menangani banjir tidak boleh lagi tertumpu kepada tindakan selepas bencana berlaku, sebaliknya perlu bermula dengan usaha mengurangkan risiko sebelum air melimpah.

Katanya, kedudukan Guchil dalam lembangan Sungai Kelantan dan berhampiran beberapa anak sungai menyebabkan sebahagian kawasan sentiasa terdedah kepada risiko banjir, terutama ketika musim tengkujuh.

“Sebagai wakil rakyat, cabaran kita bukan sekadar membantu ketika banjir berlaku, tetapi bagaimana hendak mengurangkan kesannya kepada rakyat dalam jangka panjang.

“Ini melibatkan penyelenggaraan sistem perparitan, saliran, tebing sungai, jalan perhubungan serta kesiapsiagaan menghadapi bencana,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurut beliau, dua lokasi utama di Pekan Guchil telah dikenal pasti untuk dibina kolam takungan bagi menampung air dan mengelakkan kejadian banjir kilat, dengan kos setiap kolam takungan dianggarkan RM10 juta.

Katanya, pengalaman banjir besar pada 2014 yang pernah melanda Kuala Krai, katanya, menjadi pengajaran bahawa isu banjir perlu ditangani secara menyeluruh melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi berkaitan.

Pada masa sama, beliau berkata, kesiapsiagaan di peringkat komuniti turut penting bagi memastikan rakyat terjejas mendapat bantuan dengan cepat, golongan rentan diberi perhatian, laluan keluar masuk kampung tidak terputus dan sistem amaran serta pengurusan bencana sentiasa berada pada tahap baik.

Katanya, DUN Guchil juga sentiasa mengadakan libat urus dengan agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan tempatan sebagai persediaan menghadapi sebarang bencana.

“Bagi saya, pendekatan terbaik adalah mengurus banjir sebelum banjir berlaku, bukan hanya bertindak selepas rakyat sudah menjadi mangsa,” katanya.

TIGA ISU UTAMA RAKYAT

Selain banjir, Hilmi berkata, tiga perkara yang paling kerap dibangkitkan penduduk Guchil ketika ini adalah infrastruktur asas, peluang ekonomi serta kebajikan dan perumahan.

Katanya, keadaan jalan, longkang, sistem perparitan, lampu jalan dan beberapa kemudahan awam memerlukan penyelenggaraan atau naik taraf secara berkala, lebih-lebih lagi Guchil merupakan pusat bandar Jajahan Kuala Krai.

“Perkara ini kita bawa secara berterusan kepada agensi teknikal, PBT dan jabatan berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Dalam soal ekonomi dan kos sara hidup pula, katanya, rakyat bukan sekadar memerlukan bantuan sementara, sebaliknya peluang untuk menjana pendapatan secara berterusan. Sehubungan itu, pembangunan usahawan kecil, sektor pertanian, perniagaan, penjaja, peniaga pasar serta pendedahan ilmu pemasaran perlu diberi perhatian, termasuk pemasaran secara dalam talian yang kini menjadi saingan kepada jualan produk fizikal.

Sementara itu, isu kebajikan dan perumahan terutama membabitkan golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), keluarga yang berdepan masalah rumah serta golongan muda yang baru memulakan kehidupan, turut menjadi antara cabaran terbesar.

“Lokasi DUN Guchil terletak dalam bandar, maka tiada tanah kosong milik kerajaan untuk dibangunkan rumah RMMK atau PPR bagi mengatasi masalah perumahan dan penempatan warga bandar.

“Saya masih berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

ADUAN DENGAN TINDAKAN SUSULAN

Hilmi berkata, pendekatan beliau adalah memastikan setiap aduan mempunyai tindakan susulan walaupun sebahagiannya memerlukan peruntukan besar dan melibatkan bidang kuasa pelbagai agensi.

“Tidak semua perkara dapat diselesaikan dalam masa singkat, tetapi perkara paling penting adalah masalah rakyat mesti dibawa, dipantau dan diperjuangkan sehingga ada penyelesaian,” katanya.

Dalam menangani masalah infrastruktur, beliau berpandangan isu jalan dan sistem saliran tidak boleh dilihat secara berasingan.

“Kita tidak boleh membaiki jalan sahaja sedangkan masalah aliran air tidak diselesaikan. Begitu juga kita tidak boleh membina longkang tanpa melihat ke mana air itu akhirnya akan dialirkan. Ini adalah masalah perbandaran,” katanya.

Antara usaha yang diperjuangkan termasuk kerja menaik taraf dan menyelenggara longkang serta saliran utama, membersihkan saliran tersumbat, memperbaiki struktur perparitan di kawasan penempatan serta memastikan projek pembangunan baharu mempunyai sistem saliran mencukupi.

Bagi kawasan yang kerap mengalami banjir atau air bertakung, beliau mahu kajian dibuat berdasarkan keseluruhan sistem aliran air termasuk hubungan antara longkang, anak sungai dan Sungai Kelantan.

Katanya, pembinaan kolam takungan khususnya di bandar dan perumahan padat penting bagi mengurangkan kejadian banjir kilat.

Dalam soal jalan pula, keutamaan diberikan kepada laluan utama penduduk, laluan sekolah, kawasan ekonomi serta jalan yang rosak akibat banjir atau mempunyai risiko keselamatan.

Beliau turut memperjuangkan pembinaan jalan di pesisir sungai bagi menghidupkan semula penempatan sepanjang Sungai Kelantan. -UTUSAN

The post Guchil mahu keluar daripada ‘perangkap’ banjir appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:00
Latest 16:39 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 15:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.