
Guru didenda lebih RM15,000 kerana dera emosi murid
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Busan: Bukan hanya memarahi anak muridnya, seorang guru sekolah rendah turut didakwa menghina kanak-kanak itu berulang kali di hadapan rakan sekelas hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi. (Harian Metro, 15:11)
Read the reporting
1 report
Guru didenda lebih RM15,000 kerana dera emosi murid
Busan: Bukan hanya memarahi anak muridnya, seorang guru sekolah rendah turut didakwa menghina kanak-kanak itu berulang kali di hadapan rakan sekelas hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi.
Tindakan melampau guru itu menyebabkan dia dihukum denda sebanyak 5 juta won (kira-kira RM15,271) oleh Mahkamah Agung selepas Hakim Eom Sang-pil menolak rayuan tertuduh.
Guru yang hanya dikenal pasti sebagai A itu didapati melakukan penderaan emosi terhadap murid gred empat yang berusia sembilan tahun dengan mengeluarkan kata-kata menghina ketika sesi persekolahan pada April 2024.
Mahkamah dimaklumkan, A memberitahu murid itu supaya menghadiri kelas matematik selepas sekolah sebelum mempersoalkan kelemahannya dalam pelajaran dan berkata 'kanak-kanak itu membuatkan dia tertekan'.
Difahamkan, ketika kelas bahasa Korea, A turut mengeluarkan kata-kata bahawa semua rakan sekelas mangsa tahu dia tidak belajar.
Apabila mangsa memberitahu sudah menyelesaikan semua soalan dalam buku latihan matematik, A didakwa mempersoalkannya dengan berkata, "Awak meniru, bukan? Saya tak percaya awak".
Murid itu kemudian menulis dalam diarinya bahawa dia terlalu sedih sehingga menangis di dalam tandas, selain hilang keyakinan diri disebabkan guru berkenaan.
Diari itu dikemukakan sebagai bukti di mahkamah bagi menunjukkan kesan kata-kata A terhadap kanak-kanak terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.