
Hairee Kool bakal kahwin kali keempat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Hairee Kool bakal kahwin kali keempat (Harian Metro, 16:39)
Read the reporting
1 report
Hairee Kool bakal kahwin kali keempat
norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Kool, Hairee, 57, merancang bakal menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya dan difahamkan salah seorang peminat yang sudah saling mengenali sejak lama dulu.
Terdahulu, Hairee atau nama sebenar, Mohd Khairi Yaakob pernah gagal dalam tiga perkahwihan dan dikurniakan lima cahaya mata serta kini memiliki tiga orang cucu.
"Sekarang status saya bapa tunggal, tetapi ada perancangan untuk berkahwin dengan calon pilihan dan kami pun sudah kenal lama. Dia (bakal isteri) adalah peminat kumpulan Kool.
"Kami sudah kenal sejak 1995, ketika saya dan Kool tengah aktif dan ada syarikat, Kool Entertainment di Pandan Indah, Ampang. Jadi, dia adalah salah seorang daripada peminat Kool yang uruskan fan club' kita juga.
"Apapun, saya faham kita nak mendirikan rumah tangga ini, masing-masing pun sudah ada pengalaman dan urusan perkahwinan bukan senang. Dia pun mesti kena faham kerja saya dalam seni.
"Dia juga seorang ibu tunggal, dan setakat ini kami selesa bersama. Dulu pun, dia tetap sokong saya walaupun tahu saya sudah berkahwin. Dia juga pernah datang kedai saya ketika berniaga dengan isteri.
"Memang dia seorang yang menghormati orang. Bahkan, pernah juga undang Kool buat persembahan di sekolahnya yang seingat saya waktu itu umur dia 16 tahun. Jadi, dia ini memang baiklah.
"Mohon doakan yang baik-baik dan semoga perancangan untuk perkahwinan ini jadi kenyataan. Insya-Allah, rancangannya Januari tahun depan," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui.
Hairee yang hampir 40 tahun aktif dalam karier nyanyian sejak 1988 adalah anak kepada seniwati, Allahyarham Sophia Ibrahim, yang juga anak saudara pelakon dan penyanyi Allahyarham Latif Ibrahim serta penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim.
Turut aktif bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Hairee berkata dia membantu juga dalam urusan penganjuran persembahan dan Kool bakal membuat 'show' istimewa dijangka pada November depan.
Ditanya juga hubungan dengan bekas isteri, Hairee berkata dia baik-baik sahaja memandangkan walaupun sudah berpisah, tetapi mereka adalah ibu kepada anak-anaknya dan harus dihormati.
"Hubungan saya dengan bekas isteri tetap baik dan menghomati mereka walaupun kami masing-masing sudah ada haluan kehidupan sendiri. Apatah lagi, mereka ada ibu kepada anak-anak saya.
"Saya bercerai dengan isteri ketiga pada 2019 dan kami mempunyai dua anak yang berusia 9 tahun serta 8 tahun dan masih bersekolah rendah. Jadi, saya perlu bekerja untuk nafkah anak," katanya.
Bersama kumpulan Kool, Hairee pernah popular dengan lagu-lagu seperti Bebas, Kau & Aku (nyanyian asal Ning Baizura), Cemburu, Satu Arah dan Terkunci Mulut.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.