29 individu ditahan promosi, sebar dakyah pertubuhan haram
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR - Seramai 29 individu ditahan menerusi Op Mega TikTok 2026 kerana disyaki mempromosikan dan menyebarkan dakyah berkaitan pertubuhan haram.Operasi itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bermula 10 hingga 12 Oktober lalu.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi berkenaan dijalankan di Selangor, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Sabah dan Sarawak.Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 28 lelaki t (Sinar Harian, 17:11)
Read the reporting
1 report29 individu ditahan promosi, sebar dakyah pertubuhan haram
KUALA LUMPUR - Seramai 29 individu ditahan menerusi Op Mega TikTok 2026 kerana disyaki mempromosikan dan menyebarkan dakyah berkaitan pertubuhan haram.Operasi itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bermula 10 hingga 12 Oktober lalu.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi berkenaan dijalankan di Selangor, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Sabah dan Sarawak.Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 28 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia antara 18 hingga 49 tahun."Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti peranan suspek dalam kumpulan serta penglibatan dengan lain-lain aktiviti jenayah."PDRM komited untuk memelihara keselamatan negara dan akan meneruskan operasi pencegahan serta penguatkuasaan secara bersepadu bagi membanteras segala bentuk kegiatan jenayah terancang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Kumar berkata, tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja melakukan sebarang perkongsian rakaman video yang berpotensi menimbulkan kegusaran awam.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah terancang."Kerjasama masyarakat dialu-alukan dalam membantu PDRM membanteras sebarang kegiatan jenayah serta memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 47 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Op Mega Tiktok 2026 dilaksanakan bagi memantau aktiviti dan mengambil tindakan terhadap individu yang menggunakan platform media sosial bagi mempromosikan serta menyebarkan dakyah berkaitan pertubuhan yang diwartakan sebagai haram oleh kerajaan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian17:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.