
Hanya 30 peratus murid sekolah rendah ikuti PdPR
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JOHOR BAHRU: Kurang daripada 30 peratus murid sekolah rendah di Johor mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR ) susulan penutupan sekolah akibat jerebu, berbanding kira-kira 70 peratus bagi pelajar sekolah menengah. (Utusan Malaysia, 07:35)
Read the reporting
1 report
Hanya 30 peratus murid sekolah rendah ikuti PdPR
JOHOR BAHRU: Kurang daripada 30 peratus murid sekolah rendah di Johor mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR ) susulan penutupan sekolah akibat jerebu, berbanding kira-kira 70 peratus bagi pelajar sekolah menengah.
Pengerusi Persatuan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta Negeri Johor, Datuk Yahya Jaafar berkata, kadar penyertaan rendah itu dipercayai berpunca daripada kekangan ibu bapa yang bekerja, selain kekurangan peranti dan ketiadaan bimbingan di rumah.
Beliau berkata, situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana tempoh penutupan sekolah berikutan jerebu yang panjang boleh menjejaskan kelancaran pembelajaran murid, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia yang perlu membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
“Ketika pandemik Covid-19, ibu bapa kebanyakkannya berada di rumah untuk membimbing anak-anak mengikuti PdPR. Namun, keadaan kini berbeza kerana ramai ibu bapa bekerja dan tidak dapat memantau pembelajaran anak-anak secara langsung,” katanya kepada Utusan Malaysia , di sini semalam.
Yahya berkata, antara langkah yang boleh dipertimbangkan jika persekolahan terus diadakan secara fizikal adalah mempertimbangkan pemakaian pelitup muka di dalam kelas.
“Pergerakan murid juga boleh dihadkan khususnya di kawasan-kawasan terbuka bagi mengurangkan pendedahan murid dan pelajar kepada udara tercemar.
“Bagi sekolah berasrama pula, pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksana dalam asrama dengan guru turun membimbing murid, sekali gus mengawal pergerakan mereka,” katanya.
Menurut Yahya, antara langkah lain termasuklah agar kerajaan dan majikan memberi kelonggaran cuti kepada ibu bapa, termasuk menggunakan cuti tahunan atau cuti bencana sekiranya bersesuaian, bagi membolehkan mereka membimbing anak-anak mengikuti PdPR di rumah.
“Langkah ini penting terutama bagi murid sekolah rendah yang masih memerlukan pemantauan rapat, selain memastikan proses pembelajaran tidak terjejas terlalu lama,” katanya. – UTUSAN
The post Hanya 30 peratus murid sekolah rendah ikuti PdPR appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.