Malaysian Attention Engine
Live wire
51KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK42Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU40Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis37Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre35General : MSM Sugar Refinery Lease In Prai To Continue For 15 Years34Lazio crush Juventus to move level with Serie A leaders Inter34Police: Drug trafficking case mentioned in podcast near Sentul IPD dates back to 201634Animal welfare group urges probe into alleged sexual abuse of cat in viral video34DJ Kidd sebak kenang keikhlasan Emma34General : 227 Kampung Manis Families To Receive Replacement Homes Under RMKu34PRN Melaka: Jentera JR Wanita BN Pantai Kundor giat kenal pasti pengundi sasaran
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

‘Hanya kawan dengan dia, kalau ada rezeki adalah’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 08:00 MYTLatest activity 19 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

MESRA di lokasi penggambaran, belum tentu hati sudah saling bertaut. Namun, apabila dua pelakon serasi bergandingan, ada sahaja penonton yang berharap kisah cinta di layar berlanjutan ke alam realiti. (Kosmo!, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

‘Hanya kawan dengan dia, kalau ada rezeki adalah’

By HANISAH SELAMAT · 19 Oct, 08:00 MYT

MESRA di lokasi penggambaran, belum tentu hati sudah saling bertaut. Namun, apabila dua pelakon serasi bergandingan, ada sahaja penonton yang berharap kisah cinta di layar berlanjutan ke alam realiti.

Begitulah yang dilalui Siti Khadijah apabila keakrabannya dengan Amir Ahnaf selepas membintangi drama Cinta Dalam Sekam mengundang usikan peminat.

Sebahagian peminat masih tidak boleh lari daripada mainan atau lakonan di kaca televisyen sehingga terbawa-bawa ke dunia nyata.

Ditambah pengakuan aktor itu yang menyifatkan Khadijah sebagai ‘crush’, hubungan mereka semakin menjadi perhatian.

Bagi Khadijah, 27, kemesraan dipaparkan menerusi lakonan tersebut bertunjangkan persahabatan dan keselesaan bekerja bersama.

Enggan ‘menjual cinta’ demi melariskan karya, Siti Khadijah lebih senang membiarkan hasil lakonan menjadi taruhan, sementara soal jodoh diserahkan kepada ketentuan Tuhan.

Dia menegaskan hubungan dengan Amir Ahnaf sekadar teman sekerja bukan ke tahap bercinta seperti tanggapan segelintir pihak.

Bukan taktik jual cinta

Siti Khadijah atau nama sebenarnya, Siti Khadijah Abdul Halim berkata, dia tidak pernah menggunakan taktik menjual kisah cinta atau gimik cinta lokasi demi mempromosikan drama atau filem lakonannya.

“Saya memang berkawan sahaja dengan dia. Kalau ada rezeki (berjodohan), adalah. Secara peribadi, saya tak pernah sekali pun nak ‘jual cinta’ untuk promosi projek.

“Saya utamakan hasil kerja dan persahabatan dahulu. Daripada persahabatan yang erat itu, mungkin penonton nampak keserasian kami berdua.

“Jadi lakonan kami tampak lebih akrab dan hidup. Tapi insya-Allah saya kuat, tiada bibit-bibit cinta lokasi pun berlaku,” katanya ketika ditemui pada pelancaran kedai fizikal pertama NADA, di KL East Mall, baru-baru ini.

Mengulas pula pengakuan Amir di media sosial bahawa Siti Khadijah merupakan ‘crush’ atau pujaan hatinya, pelakon filem Khadam itu menganggap ucapan berkenaan sekadar usikan.

“Ya, saya ada nampak sesi siaran langsung itu tapi pada saya, ungkapan ‘crush’ itu sekadar pujian biasa sahaja. Ia tidak mempunyai maksud.

“Macam saya sendiri puji orang lain, contohnya saya suka baju awak, cantik tudung kakak. Itu sahaja, tiada yang serius pun,” ujarnya.

Pada masa sama, Siti Khadijah turut menyifatkan tindakan netizen dan peminat yang suka memadankan atau disebut ‘ship’ hubungan mereka sebagai perkara lumrah dalam dunia hiburan.

Lumrah

Katanya, senario tersebut turut dilalui rakan seperjuangan lain terutama apabila bergandingan dengan pelakon lelaki yang masih bujang.

“Bukan zaman sekarang sahaja, era sebelum ini pun penonton dah biasa ‘ship’ kan pasangan pelakon bila mereka terbawa-bawa watak kami. Bagi saya itu perkara normal.

Mengenai dakwaan orang nampak sisi berbeza atau saya lebih mesra apabila di sisi Amir, mungkin sebab perwatakannya yang kelihatan dominan.

“Saya sendiri pun agak dominan tetapi bila berkerja bersama, orang nampak dinamik itu. Lagipun dia kerap ada di set, jadi orang selalu nampak kami bersama,” katanya.

Terbuka ketika ditanya status peribadi, Siti Khadijah mengakui belum mempunyai teman istimewa berikutan jadual kerjanya yang terlalu padat.

“Saya enggan tergesa-gesa mencari pasangan hidup sebab hari-hari saya sibuk dengan kerja. Berkenalan dengan sesiapa itu ada, cuma saya tak mencari bersungguh-sungguh.

“Saya percaya orang yang betul akan hadir pada waktu tepat.

“Lagipun siapa kita untuk menolak ketentuan Tuhan, sebab yang memegang hati kita ialah Allah,” katanya menggulung perbualan.

Bukan sekadar telahan manja, gosip percintaan antara Khadijah dan Amir semakin bertiup kencang selepas mereka selalu dilihat menghabiskan masa bersama terutama selepas melunaskan baki penggambaran drama Cinta Dalam Sekam dan promosi karya terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Hanya kawan dengan dia, kalau ada rezeki adalah’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:05 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
19 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.