Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewConfirmedupdated 2 h ago

Siti Khadijah nafi hubungan cinta lokasi dengan Amir Ahnaf

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 17:26 MYTLatest activity 15 Oct, 18:13BMconfidence 80%

What happened

Siti Khadijah nafi hubungan cinta lokasi dengan Amir Ahnaf (Harian Metro, 17:26)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Siti Khadijah nafi hubungan cinta lokasi dengan Amir Ahnaf

By Syafil Syazwan Jefri · 15 Oct, 17:26 MYT

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Siti Khadijah Halim menegaskan hubungannya dengan pelakon, Amir Ahnaf tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja dan sahabat dalam industri seni.

Siti Khadijah, 29, berkata dia tidak pernah menggunakan taktik 'menjual kisah cinta' atau gimik cinta lokasi semata-mata untuk mempromosikan mana-mana naskhah drama atau filem lakonannya.

"Jujurnya saya memang berkawan sahaja dengan dia. Kalau ada rezeki, adalah. Saya peribadi tak pernah sekali pun nak 'jual cinta' untuk promosi projek.

"Saya mengutamakan hasil kerja dan persahabatan dahulu. Daripada persahabatan erat itu, mungkin penonton nampak keserasian (chemistry) kami yang nampak lebih akrab dan hidup.

"Insya-Allah saya kuat, tiada bibit-bibit cinta lokasi berlaku," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada pelancaran kedai fizikal pertama NADA, di sini, hari ini.

Diminta mengulas mengenai tindakan Amir yang pernah membuat pengakuan secara langsung di media sosial bahawa Siti Khadijah adalah 'crush' atau wanita pujaan hatinya, pelakon drama Khadam itu menganggap kenyataan berkenaan sekadar usikan mesra dan pujian biasa.

"Saya ada nampak sesi live itu. Pada saya, ungkapan 'crush' itu sekadar pujian biasa sahaja. Ia tidak membawa maksud apa-apa yang serius," katanya.

Siti Khadijah turut menyifatkan tindakan netizen dan peminat yang suka 'memadankan' hubungan sebagai sesuatu yang lumrah dalam industri seni terutama apabila bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus bujang.

"Bukan zaman sekarang sahaja, zaman sebelum ini pun penonton dah biasa 'ship' kan pasangan pelakon. Bila penonton terbawa-bawa dengan watak kami, bagi saya itu perkara normal.

"Mengenai dakwaan orang nampak sisi berbeza atau lebih mesra bila di samping dia, mungkin sebab perwatakan Amir yang kelihatan dominan.

"Saya sendiri seorang agak dominan, tetapi bila berkerja bersama, orang nampak dinamik itu. Lagipun dia kerap ada di set, sebab itu orang selalu nampak kami bersama," katanya.

Katanya, fokus utamanya kini padat dengan jadual kerja harian dan tidak tergesa-gesa mencari pasangan hidup.

"Hari-hari saya sibuk dengan kerja. Untuk berkenalan dengan sesiapa itu ada, tetapi saya tak mencari secara beria-ia.

"Saya percaya orang yang tepat akan hadir pada waktu yang tepat. Lagipun siapalah kita untuk menolak ketentuan Tuhan, sebab yang memegang hati kita ialah Allah," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow18:00
Latest 18:44 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 17:26 MYT
Origin confidence 90% · 47 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:26

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Siti Khadijah nafi hubungan cinta lokasi dengan Amir Ahnaf
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.