
Hanya salah faham, semua sudah okey – Zaki Yamani
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani memaklumkan berlaku salah faham terhadap tajuk penulisan artikel yang membawa kepada luahan abangnya, Yamani Abdillah di media sosial sebelum ini. (Utusan Malaysia, 11:00)
Read the reporting
1 report
Hanya salah faham, semua sudah okey – Zaki Yamani
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani memaklumkan berlaku salah faham terhadap tajuk penulisan artikel yang membawa kepada luahan abangnya, Yamani Abdillah di media sosial sebelum ini.
Zaki, 19, berkata abangnya itu tidak memahami keseluruhan kenyataannya dalam artikel tersebut membuatkannya sedikit terasa hati.
“Artikel yang ditulis menggunakan tajuk yang membuatkan abang saya terasa. Dia tidak memahami konteks kenyataan saya.
“Dia hanya menyedari yang saya hanya bercakap perkara yang baik dalam artikel itu selepas memuat naik kenyataan di media sosial.
“Dia berterima kasih kepada saya kerana menyokong perjalanan seninya dan saya ingin melihat dia berjaya,” katanya ketika ditemui sempena sidang media Cuckootopia X Anugerah Melodi Terhangat baru-baru ini.
Terdahulu, Yamani meluahkan di media sosial tentang kekesalan beliau yang sering dianggap penyanyi yang dibayangi bapa, Datuk Jamal Abdillah.
Zaki berkata sebagai adik, dia mahu melihat abangnya berjaya dengan membawa nama sendiri dalam dunia seni tanah air.
“Takkanlah saya mahu kutuk abang sendiri. Kalau boleh nak melihat dia berjaya juga. Dan itu sekadar nasihat daripada saya sahaja.
“Perkara ini sudah pun selesai. Salah faham dia tentang saya sudah terlerai,” ujarnya.
Sementara itu, pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah memaklumkan dirinya bukan ancaman kepada sesiapa, apatah lagi abangnya sendiri.
“Kami berdua juga dibanding-bandingkan dengan ayah kami. Tapi perkara itu tidak mendatangkan gugup buat kami berdua.
“Sampai hujung dunia, kami tetap adik beradik. Bukan orang asing,” kongsinya.- UTUSAN
The post Hanya salah faham, semua sudah okey – Zaki Yamani appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.