
Harimau Malaya akan bangkit lebih kuat di kelayakan Piala Dunia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Harimau Malaya akan bangkit lebih kuat di kelayakan Piala Dunia (Harian Metro, 12:50)
Read the reporting
1 report
Harimau Malaya akan bangkit lebih kuat di kelayakan Piala Dunia
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya bertekad bangkit lebih kuat bagi menghadapi cabaran kelayakan Piala Dunia 2030 dengan pemain pertahanan negara, LaVere Corbin-Ong yakin skuad kebangsaan kini berada di landasan tepat untuk meningkatkan kemampuan pasukan.
Pemain pertahanan berusia 35 tahun itu berkata, persiapan rapi dan semangat berpasukan perlu terus diperkukuh bagi memastikan Malaysia mampu bersaing apabila berdepan cabaran lebih besar dalam usaha memburu slot ke pentas bola sepak terbesar dunia itu.
"Kami berada di landasan yang betul dan perlu terus bergerak ke hadapan. Kami akan kembali lebih kuat untuk bersaing dalam kelayakan Piala Dunia. Kami akan lebih bersedia, berkembang dan muncul sebagai pasukan yang lebih kuat," katanya.
Menurut Corbin Ong, kekuatan mentaliti pemain menjadi antara asas penting buat Harimau Malaya untuk terus memperbaiki prestasi, terutama apabila setiap pemain mempunyai tekad sama untuk memberikan yang terbaik ketika menyarung jersi kebangsaan.
Dia berkata, komitmen itu tidak bergantung kepada siapa lawan yang dihadapi atau posisi yang dimainkan, sebaliknya setiap pemain perlu meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.
"Saya fikir mentaliti pasukan kami adalah sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk negara, tidak kira siapa lawan kami atau di posisi mana kami bermain," katanya.
Malaysia sebelum ini menutup kempen sulung Piala ASEAN FIFA dengan menewaskan Vietnam 1-0 dalam penentuan tempat ketiga di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, pada 5 Oktober lalu.
Harimau Malaya turut muncul satu-satunya pasukan yang menamatkan kejohanan itu tanpa bolos, pencapaian yang menurut Corbin Ong menggambarkan disiplin dan kesungguhan pemain dalam memastikan pasukan kekal kompetitif.
Skuad negara dijadual berdepan China pada 14 November sebelum menentang Yaman tiga hari kemudian, iaitu pada 17 November, sebagai sebahagian daripada persiapan berterusan sebelum memberi tumpuan kepada cabaran akan datang, termasuk kempen kelayakan Piala Dunia 2030.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.