Malaysian Attention Engine
Live wire
55Malaysia unveils six homegrown chips worth RM300m as it shifts from making to designing semiconductors48PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45Business : Petronas, Petrovietnam Sign Strategic Alliance Agreement, Mark 35 Years Of Collaboration44Oasis Harvest appoints Lim Zhao Qi as non-executive director44General : Fatal Accident Involving JPJ Vehicle And Two Lorries Near Senawang To Be Thoroughly Investigated - Loke43Mechanic gets 5 years’ jail for ramming into cop, fracturing his arm41Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia40Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM40Govt risks erosion of public trust by shrouding Najib's house arrest in secrecy, say critics39Business : Malaysia Data Centre Market Projected To Grow 33 Pct CAGR From 2025-2030 – S&P Global Ratings37KRW, Star City buru kemenangan sulung37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Hasilkan single, Achey enggan terus dibayangi imej pelawak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 15:30 MYTLatest activity 16 Oct, 15:30BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Tidak mahu terus dibayangi identiti sebagai pelawak, Achey kembali mempertaruhkan bakat dalam bidang nyanyian menerusi single terbaharu, Gadis Ayu , yang dicipta sepenuhnya olehnya. (Utusan Malaysia, 15:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

Hasilkan single, Achey enggan terus dibayangi imej pelawak

By -SITI ATHIRAH DZULKIFLY · 16 Oct, 15:30 MYT

KUALA LUMPUR: Tidak mahu terus dibayangi identiti sebagai pelawak, Achey kembali mempertaruhkan bakat dalam bidang nyanyian menerusi single terbaharu, Gadis Ayu , yang dicipta sepenuhnya olehnya.

Diterbitkan di bawah label 1711 Music, lagu berentak rancak itu mengetengahkan kisah percintaan unik yang disampaikan menerusi melodi santai dan lirik bersahaja, sekali gus memperlihatkan sisi kreatif Achey sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.

Menurut Achey, Gadis Ayu bukan dihasilkan berdasarkan pengalaman peribadinya, sebaliknya tercetus daripada imaginasi untuk menghasilkan lagu yang bukan sahaja rancak, malah mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Lagu ini sebenarnya tidak ada kena-mengena secara langsung dengan kehidupan saya. Semuanya datang daripada imaginasi sendiri kerana saya mahu menghasilkan lagu rancak yang mempunyai jalan cerita.

“Ia berkisarkan bibit percintaan antara seorang lelaki dan wanita yang bertemu dalam keadaan agak luar biasa. Saya tidak mengharapkan orang menganggap lagu ini sebagai ciptaan yang terlalu hebat, sebaliknya cukup sekadar mereka terhibur dan menikmati muziknya,” katanya.

Mengulas pembabitannya dalam bidang muzik, Achey menegaskan status sebagai pelawak tidak seharusnya menjadi batasan untuk seseorang meneroka cabang seni lain.

Katanya, minat terhadap bidang nyanyian dan penciptaan lagu sudah lama berputik, malah dia lebih selesa menghasilkan karya sendiri bagi memastikan setiap lagu yang diketengahkan mencerminkan kreativiti serta identiti seninya.

“Pada saya, seorang pelawak tidak semestinya hanya tahu melawak. Kita mempunyai pelbagai bakat dan minat yang boleh diterokai.

“Saya memang suka mencipta lagu dan menyanyi. Orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi kalau kita terlalu memikirkan pandangan orang, sampai bila-bila kita tidak akan bergerak ke hadapan,” ujarnya.

Achey berkata, pengalaman menghasilkan lagu raya berentak rancak sebelum ini turut mendorongnya meneroka pendekatan muzik sama menerusi karya yang boleh dinikmati sepanjang tahun.

Katanya, dia mahu memperluas variasi muzik yang dihasilkan agar tidak hanya dikaitkan dengan lagu bermusim, sebaliknya mampu menawarkan hiburan kepada pendengar pada bila-bila masa.

“Saya memang sedang meneroka pelbagai genre muzik. Sebelum ini, pendengar mungkin sudah biasa dengan lagu raya saya yang rancak. Jadi, kali ini saya mahu mencuba lagu rancak yang boleh dinikmati pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam pada itu, Achey menghargai sokongan dan kepercayaan 1711 Music yang menjadi rakan kerjasamanya sejak awal pembabitan dalam bidang muzik.

Menurutnya, persefahaman yang terjalin membolehkannya berkarya dengan lebih selesa, selain merancang strategi promosi bersesuaian dengan karakter lagu dan sasaran pendengar.

“Kerjasama saya dengan 1711 Music sudah bermula sejak lagu pertama lagi. Mereka memberikan ruang untuk saya berkarya dan sentiasa berusaha membantu dari segi penerbitan serta promosi.

“Alhamdulillah, kami mempunyai persefahaman yang baik dan saya sangat menghargai kepercayaan serta sokongan mereka,” katanya.

Menyentuh persaingan dalam industri muzik yang semakin mencabar, Achey mengakui tidak terlalu mengejar populariti segera, sebaliknya lebih mengutamakan sokongan peminat yang setia mengikuti perjalanan seninya.

Jelasnya, dia menyedari bukan semua pendengar mempunyai cita rasa muzik yang sama, justeru penerimaan peminat sedia ada dan usaha menghasilkan karya berkualiti menjadi keutamaan.

“Bukan semua orang akan menyukai kita dan saya tidak boleh memaksa semua orang menerima muzik saya. Apa yang penting, kita menjaga peminat yang sedia ada dan terus menghasilkan karya terbaik.

“Saya juga tidak kisah kalau lagu tidak terus mendapat sambutan luar biasa pada awal pelancaran. Promosi perlu dilakukan secara berterusan kerana mungkin selepas beberapa bulan, lagu itu akan menemui pendengarnya sendiri,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Achey tidak menolak kemungkinan menghasilkan lebih banyak karya ciptaan sendiri, selain menjalinkan kerjasama dengan penyanyi lain.

Dia turut berhasrat meneruskan usaha mengetengahkan bakat generasi muda sebagai sebahagian daripada perkembangan kerjaya seninya.

Menerusi Gadis Ayu , Achey berharap dapat menawarkan karya santai yang menghiburkan, sekali gus membuktikan dirinya bukan sekadar pelawak, tetapi penghibur serba boleh yang mampu bersaing dalam industri muzik tempatan.

Single Gadis Ayu mula distrim di semua platform muzik digital pada 16 Oktober 2026, manakala muzik video rasmi lagu itu boleh ditonton menerusi saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada hari sama, jam 3 petang.

The post Hasilkan single, Achey enggan terus dibayangi imej pelawak appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:0019:00
Latest 19:23 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 15:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Hasilkan single, Achey enggan terus dibayangi imej pelawak · Malaysian Attention Engine