Malaysian Attention Engine
Live wire
56Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar50'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor46Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’43DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain42General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Business : DNB To Accelerate 5G Adoption, Drive Business Gains39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Abbe Hae didakwa ditahan polis36Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hentikan pembudayaan hedonisme di UiTM

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:07 MYTLatest activity 19 Oct, 11:07BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat dengan penuh kebimbangan penganjuran acara `Malam Seribu Bintang’ di Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini. (Utusan Malaysia, 11:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Hentikan pembudayaan hedonisme di UiTM

By ABDUL RAZAK IDRIS · 19 Oct, 11:07 MYT

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat dengan penuh kebimbangan penganjuran acara `Malam Seribu Bintang’ di Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.

Penganjuran majlis yang berteraskan hiburan berlebihan di dalam menara gading adalah satu perkembangan yang amat mendukacitakan dan mencalarkan imej universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik bumiputera.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Dr. Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, pada saat anak muda kita hari ini sedang bergelut dengan pelbagai ancaman krisis identiti dan kerosakan gejala sosial yang semakin membarah di luar sana, institusi pengajian tinggi sepatutnya memainkan peranan untuk memandu dan menyelamatkan mereka.

“Sebaliknya, acara sebegini seolah-olah menghalalkan dan memupuk nilai hedonistik ke dalam jiwa mahasiswa. Anak-anak muda yang sedang mencari haluan hidup perlukan bimbingan intelektual dan rohani, bukan disajikan dengan hiburan yang melekakan jiwa dan minda.

“Suka untuk ditegaskan di sini bahawa pendirian PAS sejak dahulu adalah jelas, kita sama sekali tidak menolak hiburan kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia. Namun, selain budaya terjerit-jerit bersorak seperti yang dipapar di media sosial di dalam program berkenaan, penganjur turut membawa masuk pula kumpulan artis M-Pop seperti ‘XO Jr.’ ke dalam program ini, ia bukanlah satu perkara yang membawa nilai yang baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aubidullah Fahim berkata, kumpulan tersebut membawa imej, nilai, dan acuan budaya K-Pop untuk disuapkan kepada mahasiswa tempatan kita.

Sehubungan itu katanya lagi, semua pihak perlu membuka mata dan melihat realiti sebenar industri K-Pop yang cuba diadaptasi kumpulan tersebut.

“Ia adalah sebuah industri yang sarat dengan pelbagai krisis negatif bermula daripada masalah kesihatan mental yang kritikal, tekanan melampau, kemurungan, hingga membawa kepada keruntuhan akhlak masyarakat akibat budaya pemujaan (idolisation) yang bertuhankan hiburan semata-mata.

“Apakah acuan masyarakat rapuh sebegini yang mahu kita bina dan terapkan ke dalam jiwa generasi pewaris negara?Justeru kami mendesak pihak pentadbiran UiTM agar mengambil tindakan tegas, menyemak semula garis panduan kelulusan program pelajar, dan mencegah penganjuran acara berunsur hiburan melampau ini daripada berulang lagi,” katanya.

Mengulas lanjut beliau menegaskan, pihak universiti wajib kembali kepada fungsi hakikinya, iaitu menyuburkan ‘budaya ilmu’, memperbanyak wacana akademik, serta mengasah ketajaman intelektual anak-anak muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak.

Tambahnya lagi, kepada seluruh pemegang taruh pendidikan negara, jika kelalaian hiburan terus diangkat dan menjadi tumpuan di dalam dewan-dewan universiti negara ini apakah kita sudah bersedia untuk melihat masa depan negara ini bergelap dan runtuh akibat daripada tangan kita sendiri?

“Sedangkan masa depan Malaysia bergantung teguh kepada kualiti akal budi mahasiswa yang kita lahirkan pada hari ini,” ujarnya. – UTUSAN

The post Hentikan pembudayaan hedonisme di UiTM appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:10 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 11:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Hentikan pembudayaan hedonisme di UiTM
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.