
Hizbullah salur RM57,000 kepada keluarga hilang rumah di Lubnan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BEIRUT: Hizbullah akan menyalurkan bantuan kewangan sehingga AS$14,000 (RM57,219) kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal atau rumah mereka tidak lagi boleh didiami akibat perang dengan Israel di Lubnan tahun ini. (Utusan Malaysia, 13:33)
Read the reporting
1 report
Hizbullah salur RM57,000 kepada keluarga hilang rumah di Lubnan
BEIRUT: Hizbullah akan menyalurkan bantuan kewangan sehingga AS$14,000 (RM57,219) kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal atau rumah mereka tidak lagi boleh didiami akibat perang dengan Israel di Lubnan tahun ini.
Pengerusi Majlis Eksekutif Hizbullah, Ali Damoush, berkata bantuan itu akan diberikan mengikut lokasi kediaman keluarga yang terjejas.
Keluarga yang layak di Beirut dan pinggir selatannya akan menerima AS$14,000, merangkumi AS$8,000 (RM32,695) untuk membeli perabot dan AS$6,000 (RM24,519) bagi membayar sewa rumah.
Sementara itu, keluarga di kawasan lain di Lubnan akan menerima AS$12,000 (RM49,038), termasuk AS$8,000 untuk perabot dan AS$4,000 (RM16,346) bagi sewa rumah.
Kadar bantuan itu dikekalkan seperti yang ditetapkan pada 2024.
Reuters minggu lalu melaporkan Hizbullah menerima AS$200 juta daripada Iran bagi membantu keluarga Lubnan yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berkenaan.
Laporan itu memetik dua individu yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai pemindahan dana tersebut.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) mempertikaikan kemampuan Teheran untuk menyediakan bantuan kewangan sedemikian.
Damoush berkata, bantuan itu akan diberikan kepada keluarga yang rumah mereka musnah, disahkan tidak lagi selamat didiami berdasarkan penilaian teknikal atau mengalami kerosakan teruk, selain mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat pengusiran dari kawasan yang diduduki Israel atau lokasi berhampiran.
Bantuan itu hanya diberikan kepada keluarga yang menjadikan kediaman terjejas sebagai rumah utama dan tidak memiliki rumah kedua. Rumah percutian dan kediaman terbiar tidak termasuk dalam skim berkenaan.
Bayaran bantuan akan disalurkan dalam empat peringkat sepanjang tempoh setahun, bermula dengan AS$3,500 (RM14,302) bagi keluarga di Beirut dan pinggir selatannya, manakala keluarga di kawasan lain akan menerima AS$3,000 (RM12,261) pada peringkat pertama.
Damoush berkata, kelayakan penerima dan jenis bantuan akan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria yang menilai tahap kerosakan setiap kediaman.
Menurut dua individu yang dipetik Reuters, Hizbullah menerima dana itu bulan lalu meskipun AS meningkatkan tekanan ekonomi terhadap Iran dan kesukaran menyalurkan dana kepada sekutunya di Lubnan semakin bertambah.
Ketika itu, seorang pegawai Hizbullah berkata sejumlah dana diperoleh dan pelan pengagihannya akan diumumkan dalam beberapa hari berikutnya, tanpa memperincikan sumber dana berkenaan.- AGENSI
The post Hizbullah salur RM57,000 kepada keluarga hilang rumah di Lubnan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.