Malaysian Attention Engine
Live wire
51Aset kripto RM12.47 juta lesap dari dompet digital50Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM50General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar49Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok44‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’44Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption39Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202737Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Hubungan lama Azmin-Amirudin boleh mudahkan kerjasama PH-Bersatu Selangor

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 09:00 MYTLatest activity 10 Oct, 10:53ENBMconfidence 80%

What happened

Amirudin Shari menggantikan Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor selepas PRU14. PETALING JAYA: Hubungan lama antara Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dilihat mampu memudahkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan Adun parti itu, kata penganalisis. (Free Malaysia Today, 09:00)

Read the reporting

2 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Hubungan lama Azmin-Amirudin boleh mudahkan kerjasama PH-Bersatu Selangor

By Anne Muhammad · 10 Oct, 09:00 MYT

Amirudin Shari menggantikan Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor selepas PRU14. PETALING JAYA: Hubungan lama antara Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dilihat mampu memudahkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan Adun parti itu, kata penganalisis.

Mazlan Ali. Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, keakraban kedua-dua pemimpin sejak bersama dalam PKR boleh membantu melancarkan rundingan perjanjian kerjasama yang dijangka melibatkan sokongan wakil rakyat pembangkang terhadap pentadbiran negeri.

“Dulu kita kenal Azmin dan Amirudin cukup akrab jadi pada saya hubungan baik antara Azmin dan Amirudin ni akan menjayakan bentuk kerjasama dan akan jadi fasa baru dalam politik negeri Selangor,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas rundingan antara kerajaan Selangor dengan Adun Bersatu mengenai perjanjian kerjasama yang dijangka melibatkan sokongan wakil rakyat pembangkang terhadap pentadbiran negeri.

Amirudin pada Khamis berkata, rundingan mengenai terma perjanjian masih berjalan dan berharap persetujuan dapat dimeterai sebelum pembentangan Belanjawan Selangor 2027 bulan depan.

Naib presiden PKR itu yang juga pengarah strategi pilihan raya Pakatan Harapan (PH) turut memaklumkan setakat ini tiada permintaan luar biasa dikemukakan sepanjang rundingan.

Bagaimanapun, Adun Permatang Nurul Syazwani Noh mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai rundingan yang dikatakan sudah sampai ke peringkat memuktamadkan terma perjanjian.

Ketika ini, PH memiliki 32 daripada 56 DUN Selangor manakala Barisan Nasional (BN) dua kerusi. Kedua-duanya memnbentuk kerajaan negeri selepas PRN 2023.

Pembangkang pula menguasai 21 kerusi terdiri Bersatu (11) dan PAS (10) sementara seorang Adun bebas menyokong kerajaan negeri.

Untuk rekod, Azmin dan Amirudin pernah menjadi sekutu rapat dalam PKR, dengan Amirudin berkhidmat sebagai exco negeri ketika Azmin menjadi menteri besar Selangor.

Amirudin kemudian menggantikan Azmin sebagai menteri besar pada Jun 2018 selepas pemimpin itu dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi dalam Kabinet persekutuan.

Azmin pernah menyifatkan Amirudin sebagai anak didiknya dan mendakwa beliau mencadangkan nama Amirudin untuk dipertimbangkan sebagai penggantinya.

Hubungan politik kedua-duanya berubah selepas Azmin dipecat PKR dan menyertai Bersatu pada 2020 ketika 'Langkah Sheraton', menyaksikan pentadbiran PH 1.0 terkubur.

Persaingan mereka semakin ketara apabila Amirudin menewaskan Azmin di Parlimen Gombak pada PRU15, namun hubungan peribadi kedua-duanya dilihat masih baik apabila Azmin memanggil Amirudin sebagai 'adinda' ketika berbahas di DUN Selangor pada Ogos lalu.

Menurut Mazlan, kedudukan Bersatu di Selangor menjadikan kerjasama itu signifikan, terutama jika wakil rakyat parti berkenaan menyokong kerajaan negeri dalam urusan belanjawan.

Beliau turut melihat langkah itu sebagai strategi Bersatu ketika hubungannya dengan PAS semakin renggang.

"Ia berpotensi mengubah percaturan politik Selangor dalam menghadapi kemungkinan kerjasama BN-PAS pada pilihan raya akan datang" katanya.

Syaza Shukri. Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berkata, peluang kerjasama PH-Bersatu lebih cerah di Selangor berbanding Melaka, mengambil kira hubungan antara pemimpin serta kedudukan Bersatu di negeri itu.

Katanya, kerjasama itu pada peringkat awal lebih menyerupai memorandum persefahaman (MoU) atau perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA), yang boleh membantu menjamin kestabilan pentadbiran Amirudin.

Beliau berkata, perkembangan itu juga berpotensi menjadi langkah awal untuk PH dan Bersatu menghadapi kemungkinan cabaran BN-PAS, sebelum diterjemahkan kepada kerjasama lebih luas di peringkat nasional.

“Jika tiada halangan besar, kerjasama ini boleh berkembang menjadi kerjasama politik menjelang PRU,” katanya.

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31first news pick-upNEWnow11:0012:00
Latest 12:23 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First English coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
10 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90% · 113 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Hubungan lama Azmin-Amirudin boleh mudahkan kerjasama PH-Bersatu Selangor · Malaysian Attention Engine