Ibu bapa sokong larangan media sosial bawah 16 tahun di Australia - Tinjauan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SYDNEY: Sebanyak 88 peratus ibu bapa Australia yang ditinjau pendapat menyokong larangan penggunaan media sosial bagi golongan bawah 16 tahun di negara itu, walaupun majoriti mereka sendiri menggunakan media sosial setiap hari, menurut kajian terbaharu, lapor Xinhua. (Astro Awani (BM), 04:45)
Read the reporting
1 reportIbu bapa sokong larangan media sosial bawah 16 tahun di Australia - Tinjauan
SYDNEY: Sebanyak 88 peratus ibu bapa Australia yang ditinjau pendapat menyokong larangan penggunaan media sosial bagi golongan bawah 16 tahun di negara itu, walaupun majoriti mereka sendiri menggunakan media sosial setiap hari, menurut kajian terbaharu, lapor Xinhua.
Laporan oleh Edith Cowan University (ECU) dan Playgroup WA di negeri Australia Barat (WA) itu membuat tinjauan ke atas 726 ibu bapa di WA yang mempunyai anak berusia lapan tahun dan ke bawah mengenai penggunaan media sosial serta kesannya terhadap kehidupan sebagai ibu bapa, menurut kenyataan ECU pada Khamis.
Kajian mendapati media sosial sudah sebati dalam kehidupan keluarga, dengan ibu bapa menggunakannya setiap hari untuk mendapatkan maklumat, sokongan dan berhubung dengan orang lain. Pada masa sama, mereka semakin menyedari risikonya dan menyokong perlindungan yang lebih kukuh untuk kanak-kanak dalam talian.
Daripada 92 peratus responden yang menggunakan media sosial, sebanyak 96 peratus berkata mereka menggunakannya setiap hari manakala 99 peratus mengaksesnya melalui telefon bimbit.
Laporan itu mendapati 44 peratus ibu bapa berpendapat media sosial memberikan kesan agak negatif atau sangat negatif terhadap kehidupan mereka, berbanding 22 peratus yang melaporkan kesan positif.
Menurut laporan berkenaan, ibu bapa menyatakan kebimbangan mengenai kerentanan kanak-kanak, perkembangan otak, buli, ketagihan serta pemangsa dalam talian ketika menyokong penangguhan akses kanak-kanak kepada media sosial.
Hampir separuh daripada responden pula berpendapat kanak-kanak sepatutnya berumur sekurang-kurangnya 16 tahun sebelum memiliki telefon pintar yang mempunyai akses internet.
Hasil tinjauan menunjukkan perbezaan ketara antara tabiat penggunaan media sosial ibu bapa sendiri dengan apa yang mereka mahukan untuk anak-anak mereka, kata Catherine Archer, pensyarah kanan di ECU yang menjalankan kajian.
“Pengalaman yang sama yang menjadikan media sosial berguna kepada ibu bapa juga kelihatan menjadikan mereka lebih menyedari risiko yang boleh ditimbulkannya kepada kanak-kanak,” kata Archer.
Bagaimanapun, kajian itu mendapati 67 peratus ibu bapa mengakui pernah memuat naik gambar anak mereka dalam talian walaupun mereka mempunyai kebimbangan mengenai privasi kanak-kanak.
-- BERNAMA-XINHUA
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Astro Awani (BM)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)04:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.