Malaysian Attention Engine
Live wire
55Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM50General : Negeri Sembilan JPJ Seizes Four Luxury Cars Driven By Unlicensed Foreigners46General : Creative Content Push Must Go Hand In Hand With Child Online Safety - Fahmi44World : Hackers Target Over 100 Azerbaijani Government Domains44Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian43Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan saman fitnah Saifuddin terhadap Sanusi42Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools42General : Azrin Khairi Installed As 17th Undang Of Jelebu4029 individu ditahan promosi, sebar dakyah pertubuhan haram39Stay on and continue your duties, Anwar urges Loke37General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia37Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar
NewConfirmedupdated 1 h ago

Ibu beritahu rindukan arwah Damin, kerap menangis

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 17:22 MYTLatest activity 14 Oct, 17:40BMconfidence 80%

What happened

KUALA SELANGOR: "Ibu beritahu dia terlalu merindui Damin dan kerap menangis sejak kebelakangan ini, tak sangka arwah pergi buat selamanya," kata Qawiem Razin Kamsol, 14. (Berita Harian, 17:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Ibu beritahu rindukan arwah Damin, kerap menangis

By Amirul Aiman Hamsuddin · 14 Oct, 17:22 MYT

KUALA SELANGOR: "Ibu beritahu dia terlalu merindui Damin dan kerap menangis sejak kebelakangan ini, tak sangka arwah pergi buat selamanya," kata Qawiem Razin Kamsol, 14.

Qawiem Razin adalah anak bongsu kepada Hizanawati Abu Bakar, 52, yang meninggal dunia selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Fasa 3, Bandar Puncak Alam, di sini semalam.

Untuk rekod, Allahyarham adalah ibu kepada Muhammad Damin Mikhail, 16, yang terkorban dalam kebakaran tandas awam pada 28 Ogos 2022.

Muhammad Damin Mikhail sebelum itu dikatakan sedang tidur di depan pintu tandas berkenaan sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas, manakala mangsa yang dalam keadaan separa sedar selepas terjaga dari tidur melarikan diri ke dalam tandas, sebelum ditemukan rentung.

Sementara itu, Qawiem Razin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam ketika dia pulang dari sekolah dan mahu membersihkan diri.

"Saya nampak kucing peliharaan berlari keluar dari bilik disusuli bunyi kuat. Mulanya ingatkan haiwan itu jatuhkan barang namun ketika lampu bilik dihidupkan, saya dapati ibu tiada di atas katil.

"Saya kemudian menoleh ke bilik air dan mendapati ibu ada di dalamnya dengan kepala yang berdarah.

"Kebetulan hanya saya dan kakak yang berada di rumah. Kami meminta bantuan ahli keluarga dan jiran terdekat untuk membantu ibu," katanya ketika ditemui di Masjid Az-Zakirin, Fasa 3, di sini hari ini.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puncak Alam 3 itu berkata, sebelum arwah dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dia sempat memeriksa nadi dan nafas arwah namun sudah tiada.

"Kakak ada memaklumkan sebelum kejadian ibu telefon supaya temankan arwah di rumah.

"Ketika itu, kakak sudah tidak sedap hati dan sempat bertemu arwah ibu," katanya sambil memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, petang ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow18:00
Latest 18:11 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 17:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.