Malaysian Attention Engine
Live wire
55Business : Budget 2027 Measures Expected To Support Homeownership, Property Market Growth55World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia50General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption49Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan49Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202745Business : Minimum Wage Increase Important Labour Market Reform - EPF45Penamatan sistem doktor kontrak perlu telus, garis masa jelas dan adil - Hartal Doktor Kontrak45World : Bab El-Mandeb 'cleared Of Houthi Remnants,' Saudi Envoy To Yemen Says43Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan43Kerajaan perlu lebih agresif perkukuh kerjasama awam-swasta: penganalisis ekonomi43Business : DRB-Hicom Welcomes RM5 Mln Tax Deduction Incentive For AHTV Under Budget 202742General : Budget 2027: MYKOMUTER50, Free Passes And ECRL Phase 1 In Major Transport Boost
NewUnconfirmedupdated 5 h ago

IKEA Malaysia bantu rumah lebih teratur, hidup lapang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 16:51 MYTLatest activity 9 Oct, 16:51BMconfidence 60%

What happened

Rumah yang kemas dan selesa tidak bergantung sepenuhnya pada keluasan ruang, sebaliknya cara penyimpanan yang bijak dan mengikut keperluan seharian. (Harian Metro, 16:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·4 min read

IKEA Malaysia bantu rumah lebih teratur, hidup lapang

By Nabihah Razak · 9 Oct, 16:51 MYT

Rumah yang kemas dan selesa tidak bergantung sepenuhnya pada keluasan ruang, sebaliknya cara penyimpanan yang bijak dan mengikut keperluan seharian.

Namun, mengurus barangan di rumah masih menjadi cabaran bagi sebahagian rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan pentingnya penyelesaian yang praktikal dan mampu milik.

Menyedari keperluan itu, IKEA Malaysia memberi tumpuan kepada penyelesaian penyimpanan dan penyusunan kediaman menerusi pelbagai kelengkapan yang boleh disesuaikan mengikut ruang, gaya hidup serta bajet pengguna.

Pendekatan itu selari dengan tema kempen 'A Place for Everything and Everyone' , yang mengetengahkan usaha mewujudkan ruang untuk setiap barangan dan penghuni rumah tanpa perlu memiliki kediaman lebih besar.

Dapatan Indeks Susun Atur Rumah IKEA (IKEA Home Organisation Index) pertama, hasil tinjauan terhadap 506 rakyat Malaysia, turut mendapati hanya seorang daripada 10 responden mengakui benar-benar memerlukan lebih banyak ruang.

Pengarah Peruncitan Negara IKEA Malaysia, Takeshi Murai, berkata pihaknya melihat peluang untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian yang lebih baik melalui penyelesaian penyimpanan praktikal, selari dengan tema kempen A Place for Everything and Everyone .

Dalam temu bual berasingan, beliau berkata berdasarkan dapatan yang diperoleh, hanya seorang daripada empat rakyat Malaysia berasa selesa menguruskan barangan di rumah.

"Kami melihat keadaan itu sebagai peluang untuk IKEA menyumbang kepada kehidupan seharian yang lebih baik dengan membantu pelanggan menyusun kediaman mereka," katanya.

Simpan ikut keperluan

Menurut Takeshi, IKEA menawarkan kira-kira 10,000 produk dalam pelbagai gaya, sekali gus memberi kebebasan kepada pengguna untuk menggabungkan kelengkapan mengikut keperluan masing-masing.

Jelasnya, tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua kediaman kerana setiap individu mempunyai keutamaan, ruang dan cara hidup berbeza.

Justeru, pelanggan boleh mendapatkan khidmat nasihat kakitangan IKEA untuk merancang ruang penyimpanan termasuk memanfaatkan ruang bilik tidur, almari dan sudut kediaman yang sebelum ini terbiar.

Antara produk kegemarannya termasuk sistem almari PAX yang boleh diubah suai mengikut keperluan pengguna.

Takeshi berkata, sistem itu boleh digunakan sebagai rak penyimpanan sebelum diubah menjadi almari pakaian dengan penambahan komponen seperti batang penyangkut, rak dan laci.

"Saya sendiri sudah menggunakan PAX selama bertahun-tahun. Pada mulanya, saya menggunakannya sebagai rak, tetapi selepas berpindah ke apartmen baharu, saya menukarkannya menjadi almari pakaian dengan menambah batang penyangkut.

"Menariknya, saya tidak perlu menukar keseluruhan sistem kerana saya hanya perlu menyesuaikan komponennya mengikut keperluan," katanya.

Beliau berkata, sistem berkenaan turut membolehkan pelanggan memilih kombinasi komponen mengikut fungsi dan bajet masing-masing.

Harga lebih rendah, ruang lebih teratur

Dalam pada itu, Pengarah Jualan Negara IKEA Malaysia, Eoin O'Keeffe berkata, usaha menawarkan kelengkapan rumah pada harga lebih rendah menjadi keutamaan syarikat bagi membantu pengguna mendapatkan penyelesaian penyimpanan yang praktikal.

Menurutnya, IKEA sudah menurunkan harga kira-kira 1,000 produk sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan kelengkapan rumah lebih mampu milik.

Antara pilihan yang diketengahkan termasuk bekas penyusun NOJIG Organizer, pada harga RM1, troli RÅSKOG yang diturunkan daripada RM149 kepada RM99 serta rak buku terpilih pada harga RM99.

Selain itu, beg penyimpanan PÄRKLA berharga RM5 dan pelbagai pilihan penyangkut pakaian turut menawarkan alternatif untuk membantu pengguna menguruskan barangan dengan lebih teratur.

Eoin berkata, penyelesaian penyimpanan tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar kerana perubahan kecil juga boleh membantu memaksimumkan penggunaan ruang.

"Kami sentiasa mencari cara untuk menurunkan harga kerana perkara itu penting kepada pelanggan. Kami mahu menyediakan produk yang baik pada harga lebih berpatutan supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyusun kediaman dan menjalani kehidupan dengan lebih teratur," katanya.

Sorted Lah! Open House ajak seisi keluarga

Selain mendapatkan inspirasi penyimpanan, orang ramai juga boleh meneroka pelbagai aktiviti interaktif menerusi Sorted Lah! Open House yang berlangsung di gedung IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan pada setiap hujung minggu dari 10 Oktober hingga 1 November ini.

Berteraskan tema 'A Place for Everything and Everyone', pengalaman itu menggabungkan aktiviti permainan, muzik, bacaan, reka bentuk serta kegiatan keluarga dalam suasana gedung IKEA.

Antara tarikan utama, The Sorting Escape mengajak pengunjung bekerjasama dalam kumpulan dua hingga enam orang untuk menyelesaikan empat cabaran berkaitan penyimpanan rumah. Setiap cabaran perlu diselesaikan dalam tempoh lima minit dengan bimbingan IKEA Home Guide.

Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman mendengar piring hitam di The Listening Lounge, mendapatkan inspirasi hiasan dalaman menerusi The Design Table serta meneroka pilihan bacaan di The Great Book Club pada tarikh terpilih.

Kanak-kanak pula boleh mencuba aktiviti kreatif menerusi Little Designers, manakala sesi Say Hej! memberi peluang kepada keluarga bertemu dan bergambar bersama maskot IKEA.

Rancang kunjungan ke gedung IKEA terdekat bersama keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik sambil mendapatkan idea baharu bagi menjadikan kediaman lebih kemas, selesa dan berfungsi.

Pendaftaran The Sorting Escape dibuka mulai 8 Oktober menerusi https://sorting-escape-prod.web.app .

Maklumat lanjut mengenai jadual aktiviti dan pengalaman yang ditawarkan boleh didapati menerusi laman rasmi IKEA Malaysia .

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow17:0018:0019:0020:0021:00
Latest 21:59 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 16:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

IKEA Malaysia bantu rumah lebih teratur, hidup lapang · Malaysian Attention Engine