Malaysian Attention Engine
Live wire
86General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon85General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar75Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda73Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing70Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara67Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan65Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat65Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan62Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik60Peruntukan Jualan Rahmah, Agro Madani naik kepada RM750 juta59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00057Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewUnconfirmedupdated 14 h ago

Indonesia lancar eksport bateri EV pertama, 11 projek hiliran bernilai AS$10.2 bilion

Only social or community posts, or a single source.

Attention
10
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 02:24 MYTLatest activity 9 Oct, 02:24BMconfidence 60%

What happened

JAKARTA: Indonesia melancarkan eksport bateri kenderaan elektrik (EV) pertamanya dan 11 projek industri hiliran bernilai AS$10.2 bilion di Taman Perindustrian Weda Bay Indonesia (IWIP) di Halmahera Tengah, Maluku Utara pada Khamis. (Berita Harian, 02:24)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Indonesia lancar eksport bateri EV pertama, 11 projek hiliran bernilai AS$10.2 bilion

By BERNAMA · 9 Oct, 02:24 MYT

JAKARTA: Indonesia melancarkan eksport bateri kenderaan elektrik (EV) pertamanya dan 11 projek industri hiliran bernilai AS$10.2 bilion di Taman Perindustrian Weda Bay Indonesia (IWIP) di Halmahera Tengah, Maluku Utara pada Khamis.

Presiden Prabowo Subianto berkata, projek berkenaan merangkumi empat kemudahan perindustrian yang mula beroperasi secara komersial dan tujuh projek baharu yang memulakan pembinaan, dengan eksport sulung bateri itu menandakan kemajuan Indonesia dalam membekalkan bateri EV keluaran tempatan ke pasaran luar negara.

"Eksport pertama bateri EV hari ini merupakan satu langkah penting. Ini bukti kukuh bahawa strategi perindustrian hiliran kita adalah tepat dan kita akan terus melaksanakannya sebaik mungkin," kata beliau di majlis pelancaran itu yang disiarkan secara langsung.

Presiden itu juga menekankan semula komitmen kerajaan untuk menghormati dan melindungi pelaburan daripada semua negara, sambil menggesa syarikat-syarikat yang beroperasi di taman perindustrian berkenaan menjaga alam sekitar, mengekalkan kualiti udara dan air, serta menguruskan sisa dengan baik.

Berucap pada majlis yang sama, Menteri Pelaburan dan Hiliran, Rosan Roeslani, berkata projek itu melibatkan pelaburan AS$3.4 bilion untuk kemudahan yang mula beroperasi secara komersial dan AS$6.8 bilion bagi pembangunan baharu, dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.

Beliau berkata, projek berkenaan merangkumi bahan bateri berasaskan nikel, pengeluaran bateri EV, pemisah dan elektrolit bateri, aluminium elektrolitik, jentera berat dan trak berkuasa elektrik untuk kegunaan perlombongan dan perindustrian, serta kaca fotovoltaik bagi industri tenaga solar.

"Proses hiliran akhirnya membawa kepada perindustrian," kata Rosan sambil menambah projek-projek baharu itu akan membolehkan Indonesia membangunkan ekosistem bateri EV yang lengkap, termasuk kitar semula bateri.

Mengenai pembangunan taman perindustrian itu, Rosan berkata IWIP telah menarik pelaburan sebanyak AS$20 bilion sejak 2018, dengan rancangan untuk menambah AS$7 bilion lagi, menjadikan jumlah kesemuanya AS$27 bilion, manakala guna tenaga kerja telah mencecah 117,000 orang pekerja.

Beliau berkata, taman perindustrian itu kini menempatkan 52 penyewa, termasuk syarikat perdagangan komoditi antarabangsa Glencore dan Trafigura, selain pelabur dari Australia dan India.

Rosan berkata, IWIP setakat ini telah merekodkan nilai eksport kira-kira US$11 bilion, manakala nilai eksport gabungan IWIP dan Taman Perindustrian Morowali Indonesia (IMIP) di Sulawesi Tengah berjumlah US$28 bilion, bersamaan kira-kira 10 peratus daripada jumlah eksport Indonesia.

Berhubung prospek pelaburan secara keseluruhan, beliau berkata Indonesia mencatatkan pelaburan yang direalisasikan sebanyak Rp1,010.6 trilion sepanjang separuh pertama 2026, iaitu peningkatan 7.2 peratus, mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 1.4 juta orang.

Rosan berkata, sumbangan industri hiliran kepada jumlah pelaburan meningkat daripada 25 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh dua tahun lalu, dengan lebih 75 peratus pelaburan hiliran direalisasikan di luar Pulau Jawa.

Beliau menambah industri pembuatan kini menyumbang hampir separuh daripada keluaran dalam negara kasar Maluku Utara, yang mencerminkan peralihan wilayah itu daripada sektor perlombongan kepada pengeluaran perindustrian.

"Wilayah ini bukan lagi sekadar kawasan perlombongan, tetapi telah menjadi kawasan perindustrian," katanya.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 17NEWnow08:0011:0014:0017:00
Latest 17:08 MYT
10New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 02:24 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    02:24

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Indonesia lancar eksport bateri EV pertama, 11 projek hiliran bernilai AS$10.2 bilion · Malaysian Attention Engine