
Indonesia raja bola sepak sebenar Asia Tenggara - Hubner
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jakarta: Susulan kejayaan Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA 2026 baru-baru ini, pertahanan tengah Justin Hubner menegaskan pasukannya berada pada tahap lebih tinggi berbanding negara lain di rantau ini, malah mengisytiharkan Indonesia sebagai raja sebenar Asia Tenggara. (Harian Metro, 17:54)
Read the reporting
1 report
Indonesia raja bola sepak sebenar Asia Tenggara - Hubner
Jakarta: Susulan kejayaan Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA 2026 baru-baru ini, pertahanan tengah Justin Hubner menegaskan pasukannya berada pada tahap lebih tinggi berbanding negara lain di rantau ini, malah mengisytiharkan Indonesia sebagai raja sebenar Asia Tenggara.
Sebagai tuan rumah, Indonesia melalui perjalanan penuh dramatik sebelum meraih kejuaraan bersejarah itu.
Skuad kendalian John Herdman menjuarai peringkat kumpulan dengan tujuh mata selepas menewaskan Singapura 2-0, mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Malaysia walaupun bermain dengan 10 pemain, serta membelasah Bangladesh 9-2.
Indonesia dan Malaysia mengumpul mata serta perbezaan jaringan yang sama, namun Indonesia menduduki tangga teratas kumpulan kerana menjaringkan lebih banyak gol.
Dalam final mendebarkan, Indonesia yang mempunyai kelebihan jumlah pemain berbanding Thailand tetap terikat 2-2 selepas 120 minit permainan sebelum menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.
Hubner antara pemain paling lantang ketika meraikan kejayaan selepas perlawanan, menggunakan Instagram untuk menegaskan kedudukan pasukannya di rantau ini.
"Ini Indonesia dan saya akan beritahu mereka sekali lagi, mereka bukan lagi setaraf dengan kami.
"KAMI RAJA SEBENAR," tulis Hubner.
Dilahirkan di Belanda kepada bapa warga Indonesia dan ibu warga Belanda, Hubner mengasah bakatnya di akademi Wolverhampton Wanderers sebelum menjalani tempoh pinjaman bersama kelab Jepun, Cerezo Osaka.
Dia kemudian menyertai kelab Eredivisie Belanda, Fortuna Sittard, pada musim panas 2025.
Pemain berketinggian 1.87 meter itu sudah mengumpul 25 penampilan bersama skuad kebangsaan dan digelar El Preman (Samseng) kerana gaya permainannya yang agresif, keberanian dalam perebutan fizikal serta sikap lantang dan tidak gentar di atas padang.
Bagi Hubner, kejayaan menjulang Piala ASEAN itu membawa makna peribadi yang mendalam. Selepas final, dia berkongsi tangkap layar mesej berunsur kebencian serta ugutan yang ditujukan kepada dirinya dan keluarga.
"Kejohanan ini benar-benar bersifat peribadi bagi saya, terutama terhadap mereka yang membenci isteri, anak perempuan dan keluarga saya serta menghantar ugutan bunuh kepada mereka.
"Inilah yang berlaku apabila kamu membuatkan El Preman marah. Jadi, kepada semua yang memburukkan nama saya, kamu sudah melakukan kesilapan besar dan sebenarnya memberikan saya lebih banyak motivasi," tulisnya.
Pertahanan yang lantang itu turut menggunakan sambutan kejuaraan untuk meneruskan perseteruannya dengan pemain tengah Vietnam, Nguyen Hai Long.
Hubner meniru gaya sambutan jaringan Long yang tular apabila menunjuk ke arah logo kejohanan pada lengan bajunya, mendepakan tangan dan memuncungkan bibir.
Long sebelum ini melakukan aksi sama selepas menjaringkan gol ketika Vietnam menewaskan Indonesia 3-0 dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN pada Ogos lalu.
Sambutan itu dianggap angkuh oleh penyokong Indonesia, apatah lagi Long turut memuat naik hantaran yang mempersoalkan siapa raja sebenar Asia Tenggara.
Walaupun tidak beraksi dalam perlawanan berkenaan, Hubner memperkecilkan kekalahan itu dengan menyatakan ia berlangsung dalam kejohanan bukan FIFA.
Dia turut mengingatkan Long mengenai kemenangan besar Indonesia ke atas Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia pada 2024.
Sikap Hubner turut mencetuskan kontroversi selepas penentuan sepakan penalti menentang Thailand.
Ketika pertahanan Thailand, Nattapong Sayriya, gagal menyempurnakan sepakan penalti pentingnya, pemain Indonesia membanjiri padang untuk meraikan kemenangan.
Dalam kekecohan itu, Hubner berlari melepasi Nattapong sebelum menolak dada pemain berkenaan dengan kuat sambil menunjukkan riak wajah provokatif.
Media Thailand, Thairath, mengkritik tindakan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak mencerminkan semangat kesukanan dan menyinggung perasaan, selain menyatakan keadaan bernasib baik kerana tidak menjadi lebih buruk.
Namun, tindakan Hubner itu tidak dilupakan begitu sahaja. Ketika upacara penyampaian pingat perak selepas perlawanan, pemain Thailand, Manuel Bihr, bersalaman dengan semua pemain Indonesia yang berbaris untuk menghulurkan salam, kecuali Hubner.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.