Malaysian Attention Engine
Live wire
42General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting40Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke39Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,00039Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia38Kepercayaan terhadap AI bergantung pada jaminan keselamatan – Josephine Teo33Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat32Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah31Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut31World : September 2026 Second-Warmest On Record As Global Temperatures Remain Above 1.5 Degrees29Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok28Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM28General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Industri besi dan keluli paling terkesan akibat lambakan import

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 23:12 MYTLatest activity 12 Oct, 23:12BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Sektor besi dan keluli antara yang paling kerap berdepan tekanan akibat lambakan import barangan perantaraan apabila lapan daripada sembilan langkah anti-lambakan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia membabitkan produk sektor berkenaan. (Berita Harian, 23:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Industri besi dan keluli paling terkesan akibat lambakan import

By Bernama · 12 Oct, 23:12 MYT

KUALA LUMPUR: Sektor besi dan keluli antara yang paling kerap berdepan tekanan akibat lambakan import barangan perantaraan apabila lapan daripada sembilan langkah anti-lambakan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia membabitkan produk sektor berkenaan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, langkah itu membabitkan produk seperti dawai keluli serta kepingan keluli atau besi bergalvani, manakala satu lagi berkaitan produk plastik dan resin.

"Produk-produk ini pada umumnya merupakan input perantara dalam rantaian pengeluaran dan bukannya produk akhir atau barangan pengguna murah yang dijual terus kepada pengguna.

"Untuk melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil, kerajaan secara berterusan memantau trend lambakan dan harga import," kata kementerian itu.

MITI berkata, tindakan remedi perdagangan seperti pengenaan duti anti-lambakan, duti timbal balas atau duti pelindung boleh dilaksanakan sekiranya siasatan membuktikan berlaku kemudaratan atau lonjakan import berdasarkan kriteria undang-undang tempatan dan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

"Di samping itu, kerajaan telah menambah baik kerangka perundangan melalui Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025 [Akta 504], selain mengkaji semula Peraturan-peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 bagi memastikan instrumen remedi perdagangan kekal relevan serta berkesan," kata kementerian itu.

Sejak Malaysia menyertai WTO pada 1995, kerajaan melaksanakan 77 langkah anti-lambakan dan tiga langkah pelindung, manakala 38 siasatan anti-lambakan dimulakan sepanjang 10 tahun lalu.

Sementara itu, jumlah import Malaysia meningkat 22.4 peratus kepada RM1.158 trilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026.

Import dari China pula berjumlah RM308.12 bilion atau 21.1 peratus daripada keseluruhan import, meningkat 41.2 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

MITI berkata, peningkatan import didorong terutama oleh barangan perantaraan dan barangan modal bagi menyokong aktiviti pengeluaran serta pelaburan, yang berkembang 15.6 peratus berbanding kenaikan 3.7 peratus bagi barangan pengguna.

Menurut kementerian itu, statistik berkenaan memerlukan penilaian lanjut bagi menentukan sama ada peningkatan import membabitkan amalan perdagangan tidak adil yang memudaratkan pengeluar tempatan bagi barangan serupa.

MITI menjelaskan perkara berkenaan ketika menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai kesan pengalihan perdagangan dan lambakan import susulan peningkatan tarif global.

Soalan itu turut menyentuh sektor yang berdepan lambakan barangan import murah serta langkah kerajaan melindungi industri tempatan.

– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 23:24 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 23:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    23:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.