
Infrastruktur perundangan penting pacu pembangunan ekonomi, kata Fadillah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata kredibiliti institusi bukan hanya bergantung pada undang-undang sebaliknya perlu dibuktikan menerusi tadbir urus telus. KUALA LUMPUR: Infrastruktur perundangan dan institusi yang kukuh penting bagi menyokong pembangunan ekonomi negara terutama ketika Malaysia terus menarik pelaburan dalam sektor infrastruktur, tenaga, teknologi dan industri maju, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof. (Free Malaysia Today, 12:44)
Read the reporting
1 report
Infrastruktur perundangan penting pacu pembangunan ekonomi, kata Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata kredibiliti institusi bukan hanya bergantung pada undang-undang sebaliknya perlu dibuktikan menerusi tadbir urus telus. KUALA LUMPUR: Infrastruktur perundangan dan institusi yang kukuh penting bagi menyokong pembangunan ekonomi negara terutama ketika Malaysia terus menarik pelaburan dalam sektor infrastruktur, tenaga, teknologi dan industri maju, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, sistem penyelesaian pertikaian yang berkesan adalah sebahagian infrastruktur ekonomi kerana pelabur memerlukan keyakinan bahawa sebarang pertikaian akan dikendalikan secara adil, cekap dan boleh dijangka khususnya bagi urusan merentas sempadan.
“Ketika keutamaan ini diterjemahkan kepada projek, kontrak dan aktiviti komersial, keperluan terhadap penyelesaian pertikaian yang berkesan semakin meningkat.
“Oleh itu, infrastruktur perundangan dan institusi kita perlu dibangunkan seiring dengan infrastruktur fizikal dan digital,” katanya dalam ucapan eksekutif pada Minggu Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) Asia 2026 di Auditorium AIAC, Bangunan Sultan Sulaiman.
Fadillah berkata, Belanjawan 2027 mencerminkan penekanan berterusan kerajaan terhadap daya tahan ekonomi, pembangunan infrastruktur, pelaburan dan reformasi institusi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Katanya, kredibiliti institusi bukan hanya bergantung pada undang-undang dan peraturan, sebaliknya perlu dibuktikan menerusi tadbir urus telus, keputusan tidak berat sebelah dan kecemerlangan profesional.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata Malaysia perlu memperkukuh kedudukannya sebagai hab sistem ADR antarabangsa dengan memastikan kebebasan institusi, integriti tadbir urus dan kecemerlangan penyampaian terus menjadi keutamaan.
Katanya, kekuatan sesebuah negara bukan sekadar diukur berdasarkan undang-undang yang digubal tetapi tahap kepercayaan dunia terhadap institusinya.
Menurutnya, dalam ekonomi global yang saling berhubung, perniagaan dan pelabur bukan sahaja mencari peluang komersial, malah memerlukan kepastian undang-undang, kredibiliti institusi serta keyakinan bahawa pertikaian dapat diselesaikan secara adil dan cekap.
“Ini sebabnya ADR menjadi tonggak penting perdagangan antarabangsa. Ini juga sebabnya Malaysia mesti terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab ADR global yang dipercayai,” katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.