
Integriti pegawai kunci bendung penipuan kargo, kata bekas TPR
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bekas timbalan pendakwa raya Devanandan S Subramaniam berkata pegawai kastam bertanggungjawab memastikan semua dokumen disahkan sebelum kargo dibenarkan meninggalkan pelabuhan. PETALING JAYA: Integriti dan penguatkuasaan berkesan menjadi kunci membendung penipuan kargo kerana undang-undang semata-mata tidak menjamin barangan dilepaskan mengikut prosedur, kata seorang bekas timbalan pendakwa raya. (Free Malaysia Today, 11:57)
Read the reporting
1 report
Integriti pegawai kunci bendung penipuan kargo, kata bekas TPR
Bekas timbalan pendakwa raya Devanandan S Subramaniam berkata pegawai kastam bertanggungjawab memastikan semua dokumen disahkan sebelum kargo dibenarkan meninggalkan pelabuhan. PETALING JAYA: Integriti dan penguatkuasaan berkesan menjadi kunci membendung penipuan kargo kerana undang-undang semata-mata tidak menjamin barangan dilepaskan mengikut prosedur, kata seorang bekas timbalan pendakwa raya.
Devanandan S Subramaniam berkata kelemahan dalam prosedur pelepasan kastam boleh menyebabkan kargo dilepaskan walaupun dokumen penting berkaitan pemilikan barangan tidak lengkap atau tidak tersedia.
Beliau berkata dokumen seperti borang K1, manifes dan bil muatan perlu disemak sebelum kargo dibenarkan keluar.
Bagaimanapun, beliau mengakui tidak pasti bagaimana prosedur itu dilaksanakan ketika ini dengan penggunaan dokumen elektronik.
“Integriti memainkan peranan. Kita boleh mempunyai semua undang-undang yang diperlukan, tetapi jika pegawai tidak mempunyai integriti, perkara seperti ini masih boleh berlaku,” katanya.
Devanandan, yang pernah mengendalikan kes jenayah komersial di Jabatan Peguam Negara, berkata demikian pada forum Strengthening Malaysia’s Downstream Petroleum Value Chain and Identifying Gaps and Enabling Factors Within Malaysia’s Regulatory Landscape, anjuran Maritime Network Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Berkongsi pengalaman mengendalikan kes penipuan kargo lebih 20 tahun lalu, beliau berkata antara cabaran utama pendakwaan ialah membuktikan bukan sahaja dokumen dipalsukan, tetapi tertuduh juga mengetahui dokumen itu palsu.
Beliau memberi contoh kes membabitkan kargo bernilai kira-kira USD2 juta yang sepatutnya dihantar ke Chittagong, Bangladesh, tetapi sebaliknya dipunggah di Pelabuhan Klang.
Menurutnya, kargo itu berasal dari Belawan, Sumatera namun pihak penyewa kapal kemudian mengarahkan nakhoda mengubah haluan ke Pelabuhan Klang, sedangkan pihak pengirim masih memegang bil muatan asal sebagai bukti hak milik barangan.
Menurutnya, kargo itu tetap dipunggah selepas ejen pelepasan memperoleh kelulusan diperlukan. Siasatan kemudian menemukan dokumen palsu, termasuk borang kastam K1.
Pengarah urusan syarikat terbabit didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, manakala syarikat itu berdepan pertuduhan menerima harta curi.
Bagaimanapun, kes berkenaan digugurkan kerana pendakwaan gagal membuktikan pengarah urusan itu mengetahui atau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai dokumen berkenaan palsu.
Devanandan berkata kes itu menunjukkan bahawa penemuan dokumen palsu sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan tertuduh jika pengetahuan mengenai pemalsuan tidak dapat dibuktikan.
Beliau menegaskan pegawai kastam bertanggungjawab memastikan semua dokumen disahkan sebelum kargo dibenarkan meninggalkan pelabuhan atau kawasan di bawah kawalan kastam.
“Selagi mereka memastikan semuanya teratur, perkara seperti ini tidak akan berlaku,” katanya, sambil menambah bahawa penggunaan dokumen elektronik mungkin mengubah proses pemeriksaan, tetapi keberkesanannya tetap bergantung pada integriti pegawai.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today11:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.