
Iraola pantau kecergasan tiga pemain
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Andoni Iraola berdepan tempoh persiapan singkat menjelang aksi menentang Brentford esok, ketika beliau menilai kecergasan tiga pemain yang cedera serta memikirkan pilihan terbaik untuk pemain sayap remaja, Rio Ngumoha. (Berita Harian, 09:34)
Read the reporting
1 report
Iraola pantau kecergasan tiga pemain
LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Andoni Iraola berdepan tempoh persiapan singkat menjelang aksi menentang Brentford esok, ketika beliau menilai kecergasan tiga pemain yang cedera serta memikirkan pilihan terbaik untuk pemain sayap remaja, Rio Ngumoha.
Perlawanan itu menjadi aksi ketiga daripada sembilan perlawanan yang perlu diharungi The Reds dalam tempoh 28 hari.
Liverpool mengambil keputusan untuk pulang terus ke Merseyside selepas membelasah LASK 6-3 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Linz, Austria, pada malam Rabu.
Skuad itu tiba di pusat latihan Kirkby kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum Iraola bertemu media kurang 12 jam kemudian bagi mengulas persiapan menghadapi perlawanan esok.
Justeru, tidak menghairankan apabila pengendali The Reds itu menyentuh isu kekurangan tidur beliau dan pemainnya. Namun, jadual padat adalah sebahagian daripada cabaran bola sepak peringkat tertinggi yang perlu diharungi sebaik mungkin.
"Sudah tentu keadaan lebih sukar apabila kami bermain malam sebelumnya, tiba di pusat latihan agak lewat dan tidak mendapat tidur selama tempoh yang biasa.
"Namun, inilah cabaran apabila bermain dalam pertandingan seperti Liga Juara-Juara. Situasi ini bukan hanya berlaku minggu ini, sebaliknya akan berterusan sepanjang musim, jadi kami perlu menyesuaikan diri," kata Iraola.
Iraola enggan menolak kemungkinan tiga pemain yang mengalami kecederaan, Cody Gakpo, Alexander Isak dan Dominik Szoboszlai, kembali beraksi. Bagaimanapun, beliau lazimnya memilih untuk mengadakan sidang media dua hari sebelum perlawanan bagi mengelakkan terlalu banyak maklumat mengenai pemilihan pasukan didedahkan lebih awal.
Dalam keadaan itu, agak mengejutkan sekiranya ketiga-tiga pemain berkenaan kembali beraksi serentak di Stadium Gtech. Gambar sesi latihan yang dijadualkan dikeluarkan hari ini dijangka memberikan gambaran lebih jelas mengenai tahap kecergasan mereka.
Szoboszlai menyertai perjalanan pasukan ke Linz dan dilaporkan hanya mengalami masalah ringan pada otot hamstring, sekali gus membuka peluang untuknya kembali beraksi. Namun, Iraola memberi perhatian khusus kepada bakat Trey Nyoni.
Pemain tengah muda itu dijangka bergandingan dengan Alexis MacAllister di bahagian tengah, memandangkan Ryan Gravenberch digantung perlawanan.
Ronald Araujo dijangka kembali mengisi posisi pertahanan kanan apabila Virgil van Dijk kembali memperkuat benteng pasukan. Kapten Kostas Tsimikas mempamerkan aksi baik di Austria, namun Milos Kerkez dijangka diturunkan bagi perlawanan di barat London itu.
Florian Wirtz dan Bradley Barcola dijangka berada dalam kesebelasan utama, manakala keputusan Iraola berhubung Ngumoha turut menjadi perhatian.
Pemain sayap remaja itu mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang LASK dan berpeluang mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Namun, Liverpool turut mempunyai Victor Munoz sebagai pilihan di posisi berkenaan.
Lewis Koumas, yang baru menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara, dijangka mengetuai jentera serangan ketika Isak dan Hugo Ekitike tidak dapat diturunkan.
Iraola mempunyai beberapa pilihan untuk membentuk kesebelasan utama, namun senarai kecederaan yang panjang menguji kedalaman skuad menjelang kunjungan sukar ke Brentford.
Selepas jadual padat menjejaskan peluangnya mendapatkan rehat mencukupi, Iraola kini mempunyai sedikit masa untuk mempertimbangkan pilihan pemain sebelum memuktamadkan kesebelasan utama.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.